Page 233 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 233

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                           e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                              http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

              Etimologi Cekak dalam Budaya Melayu
              Di dalam kehidupan  orang Melayu  perkataan Cekak turut  digunakan di  dalam beberapa
              peralatan dan kelakuan antaranya baju Melayu Cekak Musang, perhiasan Cekak Rambut dan
              perbuatan Cekak Pinggang.

              Cekak Musang merupakan sejenis pakaian baju tradisional yang dipakai khusus oleh kaum
              lelaki  Melayu. Baju  ini  telah  diperkenalkan sejak zaman kerajaan  Melayu  Melaka   yang
                                                                                                  6
              kemudiannya dikembangkan semasa zaman kerajaan Melayu Johor - Riau pada abad ke 17
              hingga 18. Penciptaan baju Melayu ini melambangkan ketinggian falsafah dan pemikiran orang
              Melayu terdahulu dalam memberikan makna tersirat dan isyarat tertentu sesuai dengan amalan
              syariat. Antara ciri-ciri baju ini adalah kolar tinggi mencekak leher dirapikan dengan lima
              butang baju yang melambangkan lima rukun Islam. Ada juga baju Melayu Cekak Musang
              berbutang tiga yang ditafsirkan sebagai agama, bangsa dan tanah air. Manakala terdapat juga
              baju berbutang tujuh yang dipakai oleh golongan bangsawan bagi membezakan dengan rakyat
              biasa. Sementara tiga saku atau poket melambangkan akidah, Islam dan ihsan. Baju Melayu
              tradisional kebiasaannya berpesak dan berkekek, tidak sendat dan ketat bertujuan memberi
              keselesaan pergerakan kepada si pemakai (Ramlah Abbas et al., (2003).

              Cara pengayaan dan pemakaian  baju  Melayu Cekak  Musang di  majlis-majlis  rasmi perlu
              lengkap dengan seluar dan samping sedondon berserta songkok. Sementara di dalam majlis-
              majlis protokol atau istiadat yang bernuansa tradisional, pemakaian busana Cekak Musang
              tidak lengkap tanpa adanya ikatan kepala samada songkok, destar, setanjak, tengkolok, getam
              atau  semutar  yang dipakai  bersama  seluar, samping dan ikat pinggang atau  bengkung.
              Pemakaian penutup kepala dalam kalangan orang Melayu mempunyai falsafah, nilai estetika
              serta makna tersendiri (Bukhari et al,. 2020). Ia akan lebih menyerlahkan identiti dan kelihatan
              mewah, bergaya, anggun dan berwibawa seperti gayanya seorang bangsawan atau pendekar
              jika turut dipakai bersama-sama baju layang, pending, diselit dengan sebilah senjata seperti
              keris, badik atau tumbuk lada serta memakai capal (Iskandar, 2018).

              Cekak Rambut merupakan alat atau aksesori perhiasan yang diguna secara meluas oleh kaum
              wanita berambut panjang secara praktikalnya bertujuan menyisir rambut-rambut mereka agar
              kelihatan terurus, tidak berserabut,  kusut atau menggerbang.  Dalam kalangan wanita
              tradisional cekak rambut dipakai bersekali dengan sanggul dan cucuk sanggul agar kelihatan
                           7
              lebih anggun . Cucuk sanggul turut berfungsi sebagai senjata rahsia untuk menikam seperti
              mana senjata keris atau badik dalam legenda Puteri Saadong di Kelantan (Ahmad, 2008; Stark
              et al., 2022). Namun dari segi kiasan dan falsafahnya cekak rambut jika dikaitkan dengan
              kehidupan seharian melambangkan perlu adanya alat untuk membetulkan sesuatu yang sedang
              berpecah belah atau  sebuah panduan hidup  atau seorang pemimpin utama yang boleh
              menyatukan masyarakat agar kelihatan teratur dan enak dipandang.



              6  Selain baju berkolar Cekak Musang terdapat baju Melayu berkolar Teluk Belanga atau dikenali sebagai Baju
              Johor berbutang satu yang melambangkan tauhid yang satu iaitu Allah yang Maha Esa. Berbutang satu juga
              terdapat pada  Baju Layang dan Baju Sikap yang merupakan pakaian bagi golongan bangsawan dan sewaktu
              peperangan. Manakala  baju  Kolar Tunku  berbutang tiga  dan  Gunting Cina  berbutang banyak. Rujukan
              https://songketdunia.my/blogs/news/baju-melayu.
              7  Dalam kalangan masyarakat tradisional, cekak rambut jarang dipakai oleh kaum lelaki sebaliknya ikatan kepala
              seperti tengkolok,  tanjak,  destar, getam  atau  getang, setangan dan semutar digunakan bagi  mengikat  rambut
              mereka atau menutup kepala yang botak supaya nampak lebih kemas selain mempamerkan identiti si pemakainya.
              Selain itu terdapat juga pemakaian terendak, songkok, kopiah, tarbus, serban, topi dan sebagainya dipakai di
              kepala yang mengambarkan seni budaya dan identiti si pemakai mengikut kesesuaian masa dan acara.

                                                                                                      10
                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  199
              Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238