Page 33 - adab-bersin
P. 33

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya
               adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan
               dewasa.


               “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon apel itu.

               “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku
               sudah  dewasa.  Aku  mempunyai  cita-cita  untuk  belayar.  Malangnya, aku  tidak  mempunyai
               perahu. Bolehkah kau menolongku?” Tanya lelaki itu.

               “Aku  tidak  mempunyai  perahu  untuk  diberikan  kepada  kau.  Tetapi  kau  boleh  memotong
               batang  pohon  ini  untuk  dijadikan  perahu.  Kau  akan  dapat  belayar  dengan  gembira,”  kata
               pohon apel itu.

                       Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudian
               pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

                       Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin di mamah usia, datang
               menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu.


               “Maafkan  aku.  Aku  tidak  ada  apa-apa  lagi  untuk  diberikan  kepada  kau.  Aku  sudah
               memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat
               perahu. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan
               nada pilu.

               “Aku tidak mahu apelmu karena aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu
               dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana
               aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua
               itu.

               “Jika  begitu,  istirahatlah  di  perduku,”  kata  pohon  apel  itu.  Lalu  lelaki  tua  itu  duduk
               beristirahat di perdu pohon apel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

                       Tahukah kamu. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah
               kedua-dua ibu bapak kita. Saat kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika
               kita  meningkat  remaja,  kita  perlukan  bantuan  mereka  untuk  meneruskan  hidup.  Kita
               tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
               Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan
               gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap
               pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini
               melayani ibu bapak mereka.


                       Hargailah jasa ibu bapak kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa
               menyambut hari ibu dan hari bapak setiap tahun.




                                                           ***





                                                           33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38