Page 4 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 4
PENDAHULUAN : 10 PUNCA OBESITI
Masalah berlebihan berat badan, kegemukan atau OBESITI adalah faktor
risiko kesihatan yang utama di dunia sekarang. Ia berkaitan dengan
pelbagai penyakit seperti sindrom metabolik, tekanan darah tinggi, paras
glukosa darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser dan strok.
Kajian menunjukkan seseorang dengan masalah sindrom metabolik
mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari, diabetes,
darah tinggi dan strok berbanding dengan seseorang dengan berat badan
yang normal. Sejak beberapa dekad yang lalu, kebanyakan kajian telah
memfokuskan kepada punca sebenar obesiti dan bagaimana
menanganinya.
Ramai diantara kita yang menyangka bahawa obesiti adalah berpunca
daripada tabiat kuat makan dan tiada semangat untuk menurunkan
berat badan. Ramai juga yang salah sangka bahawa obesiti adalah kerana
seseorang banyak makan lemak dan makanan berminyak. Lebih ramai
lagi yang menyangka obesiti adalah kerana kurang bersenam dan kurang
bergerak. Semuanya kerana kebanyakan masyarakat hanya memahami
dari aspek kalori semata-mata.
Fahaman kita adalah untuk menurunkan berat badan, kita perlu
membakar lebih banyak kalori berbanding dengan jumlah kalori yang
kita makan. Fahaman ini adalah kurang tepat dan tidak mengikut kajian
terkini yang menunjukkan jenis makanan adalah lebih penting
4 | P a g e