Page 8 - Mini Konvensyen Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 8
KATEGORI HEALTHY
SETTING
Johan
Mulut Sihat, Belia Berjaya,
Negara Sejahtera
PENGENALAN:
‘Mulut Sihat, Belia Berjaya, Negara Sejahtera’ merupakan sebuah projek Healthy Setting yang
telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu dan melibatkan para
pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman ambilan 2023/2024. Projek ini memfokuskan kepada
pengetahuan, kesedaran dan kemampuan penjagaan kesihatan pergigian secara konsisten dalam
kalangan dewasa muda atau belia.
PERLAKSANAAN:
Objektif projek ini dijalankan adalah untuk melahirkan belia yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam penjagaan kesihatan mulut serta mampu untuk mendidik masyarakat tentang
kepentingan penjagaan kesihatan mulut seterusnya menjadi individu yang mampu berbakti kepada
masyarakat dan negara. Projek ini dijalankan dalam 3 fasa secara berperingkat iaitu pelaksanaan
kesedaran dan kefahaman pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian,
pembentukan Gen-Z influencer serta penyebaran informasi kesihatan pergigian melalui media
sosial.
IMPAK:
Projek ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dimana terdapat peningkatan tahap
kesihatan mulut, pengetahuan serta kemampuan belia untuk menyebarkan maklumat kesihatan
pergigian kepada masyarakat sejajar. Perkara ini menjadi titik permulaan bagi melahirkan belia
yang mempunyai taraf kesihatan mulut yang cemerlang seterusnya berjaya menjadi duta
kesihatan mulut dalam komuniti serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
KESIMPULAN:
Kesedaran kesihatan pergigian dan penjagaan mulut yang optimum telah menghasilkan belia
proaktif yang mempunyai taraf kesihatan mulut yang cemerlang dan mampu menjadi ikon
pergigian kepada masyarakat.
PKPD Kubang Pasu
Dr Ku Nur Didie Wahidah binti Ku Mat Yazid
Dr Nur Afinii Binti Azizul Fauzi
Dr. Siti Nur Aliah Mohd Rubai @ Mohd Rubaee
Dr Fatin Nabilah Binti Mohd Radzuan
Dr Nurul Farhanis Binti A Aziz