Page 12 - Mini Konvensyen Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 12
KATEGORI QUALITY
ASSURANCE Ketiga
Meningkatkan Peratus Kedatangan Kes
Selesai Sapuan Varnis Fluorida (VF)
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN :
Peratus Kedatangan toddler yang kes selesai sapuan VF di Klinik Pergigian Guar Chempedak
(KPGC) pada tahun 2017 masih tidak mencapai sasaran. Keadaan ini mengakibatkan sapuan VF
tidak efektif dan meningkatkan faktor risiko kerosakan gigi di peringkat pra-sekolah. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penambahbaikan bagi mencapai
sasaran kes selesai sapuan VF di KPGC.
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN :
Indikator kajian adalah peratus pesakit toddler yang kes selesai sapuan VF dengan sasaran 30%
berdasarkan sasaran teknikal pada tahun 2019.
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT :
Kajian keratan rentas prospektif dilakukan dari Januari 2019 hingga Disember 2022 secara 2
kitaran melibatkan perawat, pesakit serta ibu bapa. Faktor penyumbang dikenalpasti melalui
borang kaji selidik (pesakit dan perawat), kad LP8, borang FV3 dan FV3a dan borang senarai semak.
ANALISIS DAN INTERPRETASI :
Peratus kedatangan toddler yang selesai kes sapuan VF pada 2017 adalah 13%. Faktor-faktor
penyumbang adalah kelemahan penyampaian nasihat sebelum sapuan VF diberi (24%),
penyampaian nasihat selepas sapuan VF diberi (18%), serta pemberian tarikh temujanji susulan
(18%).
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN :
Perawat dikehendaki untuk mengemaskini Borang FV3a dan nombor telefon ibu bapa pesakit serta
memberi pendidikan kesihatan pergigian kepada ibu bapa selepas setiap kali sapuan VF dilakukan.
Kad LP8 pesakit ditanda dan diasingkan semasa simpanan. Perawat juga melakukan sapuan VF
secara lawatan ke rumah. Tarikh temujanji susulan dicatatkan dalam kad temujanji. Token motivasi
dihadiahkan kepada pesakit. Pihak KPGC telah meningkatkan lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan
Anak (KKIA) dan Klinik Desa (KD) serta mengadakan sesi ceramah kepada anggota.
KESAN PENAMBAHBAIKAN :
Peratus kedatangan toddler yang lengkap 4 kali sapuan VF pada tahun 2020 dan tahun 2022
adalah 24% dan 27%.
LANGKAH SETERUSNYA :
Menekankan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan sapuan VF melalui lawatan ke KKIA/KD dan
aktiviti-aktiviti promosi pergigian serta mengaplikasi langkah-langkah penambahbaikan seperti di
atas di klinik-klinik pergigian lain di Daerah Yan.
PKPD Yan
Dr. Chan Yan Yi
Dr. Amni binti Azhar
Dr. Dhanushaa Shree a/p Gobal
Dr. Angela Seow Yu En