Page 10 - Mini Konvensyen Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 10
KATEGORI INOVASI
(PRODUK)
Naib
Johan
Wax Melter
PENDAHULUAN:
Permintaan dentur meningkat saban tahun dengan peningkatan pendedahan tentang kesihatan pergigian
dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun demikian, bilangan pesakit yang dapat dilakukan rawatan dentur
setiap hari di klinik pergigian adalah terhad dengan penggunaan fasiliti dan kaedah yang sedia ada.
Prosedur di chair side juga kadangkala memakan masa yang panjang dengan kaedah konvensional yang
rumit serta berlaku pembaziran bahan terutama ketika prosedur jaw relation. Justeru itu, penghasilan
dentur di klinik pergigian tidak dapat dipertingkatkan seiring dengan permintaan pesakit.
PENJELASAN KATEGORI INOVASI:
Sebuah produk baru iaitu Wax Melter direka bagi membantu proses pengendalian wax secara mudah,
cekap dan berkesan ketika prosedur jaw relation dalam pembuatan dentur di klinik pergigian.
MASALAH SEBELUM INOVASI:
Prosedur jaw relation dalam pembuatan dentur biasanya menjadi rumit dan mengambil masa yang agak
lama disebabkan masalah pengendalian wax serta berlakunya pembaziran bahan. Terdapat juga risiko
terjadinya kebakaran semasa penggunaan api ketika prosedur dijalankan.
KEADAAN SEBELUM INOVASI:
Dalam proses pengendalian wax, scrapper yang digunakan perlu dipanaskan berulang kali
menggunakan api sebelum mencairkan wax tersebut. Api akan dibiarkan terpasang sepanjang prosedur
sehingga selesai yang menyebabkan berlaku pembaziran dan risiko kebakaran.
PENERANGAN PROJEK INOVASI:
Wax Melter adalah sebuah produk yang dicipta berunsurkan elemen elektrikal dimana plat pemanas
digunakan untuk memanaskan scrapper dan wax knife. Plat pemanas tersebut disambungkan kepada litar
yang mengawal aliran elektrik. Manakala termostat digunakan untuk melaraskan suhu yang bersesuaian.
KEADAAN SELEPAS INOVASI:
Scrapper hanya perlu dipanaskan sebelum penggunaan awal sahaja (pre-heat) dan boleh digunakan
sepanjang prosedur jaw relation sehingga selesai tanpa perlu mematikan suis kerana suhu yang digunakan
adalah tetap. Penggunaan bunsen burner juga dapat di elakkan secara terus apabila Wax Melter ini juga
didatangkan bersama wax knife.
FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN:
Produk Wax Melter ini mampu menjimatkan tenaga dan masa operator, menjimatkan kos penggunaan
bahan serta menjamin keselamatan operator semasa prosedur jaw
relation dijalankan.
ANGGARAN KOS:
Kos untuk menghasilkan Wax Melter ini adalah RM 200. PKPD Kulim/ Bandar Baharu
Dr Ku Nur Didie Wahidah binti Ku Mat Yazid
Dr Nur Afinii Binti Azizul Fauzi
Dr. Siti Nur Aliah Mohd Rubai @ Mohd Rubaee
Dr Fatin Nabilah Binti Mohd Radzuan
Dr Nurul Farhanis Binti A Aziz