Page 14 - Mini Konvensyen Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 14

KATEGORI KIK












                                                                                                                                   Naib

                                                                                                                                  Johan

          Easy Drop (Kumpulan K9)










           RINGKASAN EKSEKUTIF





           Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh A.S. Ishak et al. (2019), Needlestick Injuries among

           Malaysian Healthcare Workers, sejumlah laporan kejadian tusukan tajam dalam kalangan petugas


           pergigian adalah sebanyak 7.5 daripada 1000 petugas kesihatan. Ini menunjukkan bahawa personel

           pergigian berisiko tinggi untuk mengalami needlestick injury kerana sering terdedah kepada peralatan

           tajam ketika menjalankan prosedur klinikal seperti prosedur pembedahan, suntikan ubat bius, prosedur

           cabutan gigi serta ketika proses pembuangan sisa tajam seperti jarum suntikan. Personel pergigian lebih


           terdedah kepada cairan tubuh seperti darah dan air liur prosedur rawatan pergigian yang meningkatkan

           risiko jangkitan silang yang disebabkan oleh transmisi virus bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan

           Hepatitis C.





           Justeru itu, teknik yang betul ketika mengendalikan peralatan tajam penting bagi mengelakkan

           kecederaan peralatan tajam seterusnya dapat mengurangkan risiko untuk jangkitan silang seperti di

           atas. Cetusan idea projek KIK ini adalah sejajar dengan misi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk


           memastikan sistem perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi, tidak

           membebankan, cekap, wajar, mengikut teknologi, inovatif serta boleh disesuaikan mengikut

           persekitaran.




           Tusukan peralatan tajam sering terjadi semasa penggunaan jarum suntikan ketika prosedur cabutan gigi

           iaitu semasa recapping dan ketika pembuangan jarum suntikan ke dalam sharp bin. Untuk

           mengurangkan risiko tusukan tajam ketika proses pembuangan jarum ke dalam sharp bin, kumpulan KIK

           kami mengambil satu inisiatif untuk mencipta satu alat yang diberi nama EasyDrop.





           EasyDrop merupakan peranti automatik yang ditempatkan bersama sharp bin dan dapat memisahkan

           jarum suntikan daripada picagari tanpa perlu menyentuh jarum. EasyDrop ini berkonsep mudah alih dan


           boleh dilaras untuk digunakan pada sharp bin bersaiz 2.5 liter atau 5 liter. Penggunaan EasyDrop ini

           dapat mengurangkan risiko tusukan tajam kepada operator semasa proses pembuangan jarum suntikan.

           Penciptaan inovasi ini berpotensi untuk meminimakan pengendalian peralatan tajam yang memberi


           impak yang jelas dan tidak membebankan staf.



           Produk ini bermanfaat kepada staff pergigian dan seterusnya dapat mengurangkan penularan jankitan

           silang seperti virus HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C yang boleh menjejaskan mutu hidup individu.












                                                                                                        PKPD Kubang Pasu



                                                                                                        Dr Nur Izzati Binti Aziz
                                                                                                        Dr Ku Nur Didie Wahidah Binti Ku Mat Yazid
                                                                                                        Reduan Bin Ali
                                                                                                        Abdul Khalik Bin Bujang
                                                                                                        Muhammad Zaim Bin Harun
                                                                                                        Hasdilawati Binti Harun
                                                                                                        Fairuz Munirah Binti Rahim
                                                                                                        Noorazlini Binti Hashim
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19