Page 9 - Mini Konvensyen Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
        P. 9
     KATEGORI INOVASI
                    (PRODUK)
                                                                                                                                  Johan
          Dentolight
          PENDAHULUAN:
          Keselesaan pesakit dan komunikasi dua hala yang berkesan antara pegawai pergigian dan pesakit
          merupakan aspek penting dalam memberikan rawatan pergigian yang berkualiti tinggi.
          PENJELASAN KATEGORI INOVASI:
          Inovasi DentoLight adalah inovasi yang dikategorikan di dalam kategori produk. Ia merupakan suatu
          produk yang bertujuan membantu pegawai pergigian dan pesakit berkomunikasi dengan lebih
          berkesan ketika rawatan dijalankan.
          MASALAH SEBELUM INOVASI:
          Pesakit yang mempunyai perasaan terlalu gementar atau pesakit berkeperluan khas akan
          mempunyai komunikasi yang terbatas untuk memaklumkan kepada operator sekiranya ingin
          memberhentikan prosedur ketika melakukan rawatan. Selain itu, operator juga ada kalanya tidak
          sedar yang pesakit sedang mengangkat tangan kerana tumpuan yang penuh diberikan pada
          kawasan rawatan mulut.
          KEADAAN SEBELUM INOVASI:
          Pesakit yang mempunyai masalah percakapan atau yang terlalu gemuruh sering kali hanya menahan
          rasa sakit selama rawatan dijalankan kerana mereka tidak mempunyai sebarang medium untuk
          menyuarakan keperluan mereka kepada operator. Kadangkala, ada pesakit yang akan bangun
          secara tiba-tiba jika ingin memberhentikan rawatan yang boleh mengakibatkan kecederaan dalam
          mulut mahupun luar mulut.
          PENERANGAN PROJEK INOVASI:
          Ciri-ciri yang ada pada DentoLight ini adalah kecil, tanpa wayar, mudah alih dan boleh dikawal oleh
          pesakit. Lampu dan penggera juga disertakan dengan kemas pada Dentolight ini untuk memberi
          isyarat kepada pegawai pergigian apabila pesakit menekan butang untuk memberhentikan rawatan.
          Produk ini juga mempunyai tulisan braille yang boleh diguna pakai untuk pesakit yang mempunyai
          masalah penglihatan.
          KEADAAN SELEPAS INOVASI:
          Pesakit yang berasa sakit atau tidak selesa dan ingin memberhentikan rawatan hanya perlu
          menekan butang di Dentolight dan operator akan terus sedar keadaan pesakit justeru akan terus
          menghentikan rawatan dan akan berkomunikasi dengan pesakit untuk mengetahui lebih lanjut untuk
          memenuhi kehendak pesakit.
          FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN:
          Produk Dentolight dapat melahirkan komunikasi dua hala yang berkesan antara pesakit dan
          operator. Justeru, akan dapat meningkatkan tahap kepuasaan pesakit dan tahap produktiviti klinik
          dalam jangka masa yang panjang.                                                                      PKPD Kubang Pasu
                                                                                                               Dr Ku Nur Didie Wahidah binti Ku Mat Yazid
           ANGGARAN KOS:                                                                                       Dr Nur Afinii Binti Azizul Fauzi
                                                                                                               Dr. Siti Nur Aliah Mohd Rubai @ Mohd Rubaee
          Kos untuk menghasilkan produk ini hanyalah RM30.                                                     Dr Fatin Nabilah  Binti Mohd Radzuan
                                                                                                               Dr Nurul Farhanis Binti A Aziz





