Page 15 - deunite
P. 15
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
I. Nasi Lemak
Rajah V. Makanan tradisional melayu Nasi Lemak
Kewujudan Sejarah Nasi Lemak di Malaysia telah diketahui oleh orang ramai. Nasi Lemak merupakan
makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu malah juga
makanan kebangsaan. Sehingga zaman terkini, Nasi Lemak telah menjadi makanan yang sangat popular
dan dijadikan makanan ruji hajian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam. Nama Nasi Lemak
mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya
merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu,
Sejarah Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu
berlemak.
Asal usul Sejarah Nasi Lemak adalah berasal dari tanah semenanjung Malaysia. Nasi Lemak juga
menjadi makanan popular di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Pada era kesultanan
Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama Mak Kuntum dan Seri. Suami Mak Kuntum telah lama
terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sedemikian, Mak Kuntum
terpaksa bekerja mengambil upah mengurut untuk menyara kehidupan sendiri dan anaknya. Mak
Kuntum sentiasa keluar pada setiap awal pagi untuk mencari pelanggan. Seri terpaksa tinggal seorang
diri di rumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, mengemaskan rumah dan sebagainya.
Pada suatu hari, Seri sudah timbul rasa jemu dengan nasi dan lauk-pauk kerana masak dengan cara
yang sama. Oleh sebab itu, Seri mula memikirkan cara lain untuk memasak nasi supaya terdapat
kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang
dimasak. Selepas itu, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut
supaya dapat membangkitkan seleranya dan ibunya. Pada waktu tengah hari, semasa Mak Kuntum
pulang ke rumah, Seri menghidangkan nasi ciptaannya itu kepada ibunya. Mak Kuntum berasa
terperanjat melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?"
Jawapan Seri : "Nasi le! Mak!" Seri jawab dengan berulang kali. Mak Kuntum bertanyakan lagi kepada
Seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : "Nasi lemak!", "Nasi le mak!", "Nasi le mak!".
Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai Nasi Lemak.
10 | D e ’ U n i t e