Page 11 - deunite
P. 11
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
Tujuan
⚫ Pemain akan merebut kerusi apabila muzik berhenti.
Senarai Keperluan :
⚫ Bahan : Kerusi, Radio
⚫ Bilangan pemain : Tidak terhad
II. Bola Beracun
Rajah II. Permainan bola beracun
Bola beracun sebuah permainan membaling bola. Suatu permainan di mana para pemain berusaha
untuk mematikan pemain-pemain pihak lawan dengann menggunakan bola yang ada pada mereka dan
pada masa yang sama mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan. Permainan ini
adalah mengenai sebuah sukan berkumpulan yang terkenal dengan peraturan-peraturan yang
diubahsuai yang sering dimainkan dalam kelas-kelas pendidikan jasmani. Di Malaysia, permainan ini
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah rendah berusia dan kini juga permainan ini mejadi
kegemaran kepada semua tidak kira usia.Namun begitu, di peringkat antarabangsa, permainan ini juga
telah muncul sebagai sukan yang popular di peringkat sekolah menengah, sekolah tinggi dan di
peringkat universiti. Ia juga terkenal sebagai permainan informal. Permainan ini boleh dilaksanakan di
gelanggang atau kawasan lapang seperti padang. Bilangan pemain bagi permainan ini tidak dihadkan.
Permainan ini melibatkan dua kumpulan, jadi pembahagian bagi setiap kumpulan mestilah adil.
Permainan dimulakan dengan ahli kumpulan A membaling bola ke arah ahli kumpulan B. Sesiapa yang
dapat mengutip bola boleh membaling balik ke arah pihak lawan. Ahli kumpulan yang telah mati oleh
sebab dibaling bola beracun, maka dia tidak boleh bermain untuk kumpulannya lagi. Sesebuah
kumpulan itu , akan dikira menang jika kumpulan tersebut tertinggal ahli kumpulan terbanyak dalam
masa tersebut.
Peraturan
⚫ Bola yang dibaling oleh pihak lawan mestilah dari para pinggang hingga ke bawah
⚫ Jika bola yang dibaling terkena paras kepala hingga ke paras pinggang, balingan tersebut
dianggap terbatal.
⚫ Bola hanya boleh dielakkan dengan menggerakkan badan ke kiri ke kanan ataupun dengan
menangkapnya.
6 | D e ’ U n i t e