Page 9 - deunite
P. 9
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
Selain itu, warga tua juga dapat dilihat daripada biologinya. Sebagai contoh ,apabila wanita sampai ke
tahap tua, mereka akan ‘menopause’ manakala lelaki pula iaitu ‘andropaus’ . Pada usia ini mereka
sentiasa mahukan perhatian dan kasih sayang kerana tahap perkembangan usia mereka akan menurun
ke tahap seperti kanak-kanak. Individu yang terlibat dalam usia tua ini iaitu semua golongan lelaki dan
perempuan. Keadaan umur bagi warga emas antara 66 tahun ke atas.
Semakin meninggkat usia mereka, warga tua terdedah dengan ketidakupayaan melakukan tugas dan
tanggungjawab. Dari tahap bayi kepada kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga ke tua. Proses evoiusi
juga akan membawa perubahan seseorang individu dari segi fisiologi dan psikologi. Seterusnya ia akan
mempengaruhi perubahan fizikal, mental, sosial dan emosi seseorang (Syahrin Ahmad, 2001). Warga
emas ini mempunyai jiwa yang lebih sensitif dan mudah tersentuh sekiranya terjadi sesuatu perkara ke
atas mereka. Jiwa mereka menjadi sensitif dan memerlukan perhatian serta belaian yang secukupnya
(Syahrin Ahmad, 2001). Seterusnya, perubahan daripada muda kepada tua juga telah menyebabkan
fungsi dan proses interaksi seseorang individu itu turut berkurang. Mereka juga mengalami proses
penuaan yang membawa perubahan yang ketara dari segi fizikal, emosi, akal dan ketahanan. Menurut
istilah warga tua dalam Islam, warga tua didefinisikan sebagai pemanis dan pelengkap kepada kejayaan
kehidupan manusia di dunia. Mereka perlu di hormati serta dijaga dengan baik. Firman Allah
Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 23 tafsirnya:
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-
mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorangdari keduanya atau
keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka sebarang perkataankasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang sopan-
santun”
Menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Mansur (1990;2373) warga emas ditakrifkan sebagai orang yang
telah meningkat usia tua dan sudah tumbuh uban pada dirinya. Sesetengah sarjana mengehadkan umur
warga tua kepada 50 tahun ke atas. Keadaan ini dibuktikan agi dengan definisi oleh Dewan Bahasa Dan
Pustaka yang menyatakan bahawa warga emas ialah orang tua.
1.2.2 Permainan Tradisional
Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak dan ibu-
bapa mereka. Ia merangkumi semua permainan suku kaum. Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan
yang sangat unik dan menarik. Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan
tradisi yang terhasil dari asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisi secara amnya
terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuklah batu
seremban, congkak, tutup botol, dam aji, manakala permainan laman seperti galah panjang, ketinting
, gasing, baling silapar , bawling kelapa, kerusi berirama, bola beracun dan sebagainya.
Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta
merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Pada suatu masa dahulu aktiviti permainan
merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriah seakan-akan pesta keramaian.
Penduduk kampung tanpa mengira usia akan turun beramai-ramai sama ada untuk menyertai
pertandingan atau sebagai penyokong dalam suasana pertandingan yang sihat. Permainan-permainan
dahulu juga kebanyakannya banyak memberi manfaat kepada individu dan masyarakat.
4 | D e ’ U n i t e