Page 6 - deunite
P. 6
AHLI KUMPULAN:
AZRUL HAZIM BIN MOHD HISHAM
MUHAMMAD NAZIR HAKIM BIN AHMAD SHUKERI
NURLYANA AQILAH BINTI ABDUL MALEK
ATHIRA FARHANA BINTI SALLEH
PENASIHAT:
DR ISHAM SHAH HASSAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas Port Dickson.
Tajuk kajian ini mengenai mengeratkan hubungan silaturrahim di
antara masyarakat warga emas Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum khususya melayu, cina dan india. Selain itu, program ini juga
bertujuan memperkenalkan makanan etnik iaitu bangsa lain yang
terdapat di Malaysia kepada masyarakat. Di samping itu, terdapat
aktiviti-aktiviti sukan untuk dijalankan sempena program ini. Aktiviti
tersebut dijalankan untuk mengayakan hidup sihat dalam kalangan
masyarakat. Aktiviti ini dapat menimbulkan sifat kerjasama. Justeru,
program ini dapat mengeratkan hubungan anak muda dan warga
emas lalu dapat menimbulkan sifat kasih sayang. Mereka dapat
melepaskan rindu mereka yang terbuku dihati. Hasil yang diperolehi
daripada program ini ialah dapat memupuk kesefahaman di
kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai etnik. Selain itu, dapat
meningkatkan pengetahuan tentang budaya etnik yang terdapat di
Malaysia. Program ini juga dapat menggalakkan sikap aktif dalam
melakukan tugasan di kalangan pelajar. Akhir sekali, dapat
memupuk semangat bekerjasama dan toleransi di kalangan rakyat
Malaysia dari pelbagai etnik. Aktiviti ini dijalankan antara kerjasama
kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar dan beberapa
pelajar sukarelawan yang turut melaksanakan tugasan aktiviti ini.
Kaedah kajian yang diadakan, terdapat aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang untuk warga emas. Antara aktiviti yang dirancang adalah
kerusi berirama, bola beracun, boling padang dan baling selipar.
Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara anak muda dan
warga emas disamping dapat menguatkan lagi semangat
perpaduan. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk gaya hidup yang
sihat dalam kehidupan harian masyarakat di negara ini. .Dapatan
kajian ini juga menunjukkan interaksi perhubungan antara kaum di
Malaysia. Disamping itu, impak kepada persekitaran dan
masyarakat dalam melihat sikap perpaduan ,perhubungan dan
kerjasama antara pelbagai kaum, agama dan bangsa yang tedapat
di Malaysia.