Page 4 - deunite
P. 4
Pendahuluan
SHE 101: HUBUNGAN ETNIK
Kursus ini memberi tumpuan kepada perbincangan pusingan hubungan etnik di Malaysia yang
merupakan satu proses dinamik hubungan sosial. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan
kefahaman konsep kepada integrasi sosial, gambaran hubungan etnik, konsep asas hubungan etnik,
kepelbagaian dan masyarakat majmuk di Malaysia, perkembangan politik dan ekonomi dan
Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, integrasi dan menangani cabaran-
cabaran, agama dan masyarakat, kerajaan dan sumbangan masyarakat dan Internet dan antara etnik.
“Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia
hari ini adalah salah satu nikmat kurniaan Tuhan yang
dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup
dalam kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa
dan kebudayaan.”
Himpunan laporan teknikal ini menghimpunkan laporan projek yang dilaksanakan oleh pelajar tahun
satu USM KPM (PPD) bagi sesi kedua 2019. Pelajar telah dibahagikan kepada lima dalam melaksanakan
projek atau tugasan mereka. Tumpuan projek ialah untuk melihat bagaimana pelajar dapat
menjalankan aktiviti yang melibatkan kepelbagaian kaum dan keupayaan di negara ini. Laporan boleh
dibuat samada dalam Bahasa Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris. Untuk projek bagi modul pelajar
bukan sahaja menyediakan persembahan dalam bentuk laporan teknikal tetapi mereka juga
memepersembahkan kajian mereka dalam bentuk powerpoint, ejournal dan klip video. Sebelum
melaksanakan projek pelajar perlu membuat proposal kajian untuk diserahkan kepada penyelia modul.
Setelah mendapat kelulusan penyelia modul barulah projek dilaksanakan. Setiap kumpulan projek
melibatkan kerjasama empat hingga lima pelajar. Laporan teknikal yang dihimpunkan dalam buku ini
boleh dijadikan panduan oleh pelajar lain dalam program USM KPM {PPD} agar pelajar dapat
menghasilkan projek yang lebih baik dan lebih berkualiti.