Page 8 - deunite
P. 8
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
1.1.5 Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup
berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara
berasingan dan tidak bersatu padu, serta mempunyai budaya yang tersendiri. Pierre L. van den
Berghe telah menyifatkan ciri-ciri masyarakat majmuk antaranya ialah:
I. Tiada nilai consensus(persetujuan sebulat suara)
II. Kepelbagaian budaya
III. Konflik antara kelompok berlainan
IV. Dominasi politik terdiri daripada satu golongan tertentu
V. Hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental dan utilitarian
VI. Hubungan dalam kelompok berbentuk primary
1.2.6 Kebudayaan
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, agama,
adat resam, kepercayaan, sikap dan nilai. Kebudayaan manusia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
persekitaran tempat tinggal, psikologi, kegiatan ekonomi, bangsa dan etnik.
1.2.7 Kaum
Merujuk kepada sesuatu kelompok masyarakat yang mempunyai persamaan dari segi
budaya,kepercayaan dan rupa fizikal. Kategori manusia yang memiliki ciri-ciri dan kepentingan yang
sama,contohnya Kaum wanita, kaum belia, kaum muda, kaum tani, kaum pelajar tanpa melibatkan
keturunan. Kaum yang dikaitkan dengan keetnikan adalah kaum Melayu, kaum Bumiputera, kaum Cina,
kaum Kadazan-dusun, kaum India dan lain-lain. Kedua-dua aspek iaitu kepentingan dan keturunan
memainkan peranan penting.
1.2. PROGRAM MENGERATKAN SILATURAHIM WARGA EMAS
1.2.1 Warga Emas
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat warga tua dapatlah didefinisikan sebagai
ahli atau anggota yang sudah lanjut usia.Kebiasaannya warga tua dapat dikesan melalui ciri-ciri fizikal
seperti muka berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan sebagainya. Perubahan dalam struktur
badan dan fungsi dengan peningkatan usia juga mengubah suai proses hilang upaya dan meningkatkan
risiko untuk hilang upaya (WHO Europe, 2003). Banyak perkara yang tidak dapat mereka lakukan dan
sekaligus menghadkan fungsi mereka. Hal ini kerana apabila usia seseorang meningkat, sistem daya
imunisasi akan menjadi kurang efektif dalam menangani serangan penyakit. Ini bermakna, warga emas
adalah golongan yang paling mudah untuk diserang penyakit dan mengambil masa yang lama untuk
sembuh. Meskipun di awal usia kanak – kanak vaksin telah diberikan, imunisasi untuk melawan
penyakit semakin berkurangan dan kurang efektif apabila usia semakin meningkat. Tambahan pula,
penyakit yang biasa bagi golongan muda seperti selesema mungkin menjadi penyakit yang serius
menjangkiti warga emas kerana mungkin menyebabkan terjadi kompilasi yang mungkin meragut nyawa
warga emas.
3 | D e ’ U n i t e