Page 13 - deunite
P. 13

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR


                    IV.    Boling Padang
























                                             Rajah IV. Permainan boling padang

               Boling merupakan antara olahraga yang tertua. Kewujudannya telah bermula seawal 7000 tahun
            yang lalu dengan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan-kuburan tua Mesir
            Kuno. William Pehle, Seorang ahli sejarah Jerman, mendakwa permainan boling bermula di Jerman
            sekitar 300 AD. Di Jerman,   permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan
            kewujudan dosa pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk
            membaling  batu  atau  sebiji  bola  yang  tertuju  pada  9  tongkat  kayu  yang  dikenali  sebagaikeglers.
            Sekiranya semuakeglersini jatuh bererti kehidupannya bersih. Pada abad ke-17, orang English, Belanda
            dan Jerman telah membawa  masuk boling versi mereka sendiri  ke Amerika  Syarikat. Melalui inilah,
            boling mengalami perubahan dan dimodenkan. Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin
            penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan. Tahun demi tahun dan hinggalah sekarang,
            boling telah mengalami perubahan. Dengan kepesatan teknologi masa sekarang, perubahan jelas dapat
            dilihat melalui  penciptaan  bola  boling.Namun,  dalam  masyarakat  kampung  Malaysia  yang  belum
            dimajukan pada masa dahulu, permainan boling diinovasikan dengan menggantikannya dengan botol-
            botol air atau buluh-buluh sebagai pin dan menggunakan kelapa sebagai boling. Justeru, permainan
            tradsional Boling Kelapa telah dikembangkan dan permainan ini menarik dan kos permainannya murah
            serta bahan-bahannya mudah didapati.

               Cara bermain adalah sama seperti bermain bowling. Peserta haruslah berada di belakang garisan
            dan  tidak  dibenarkan  melebihi  garisan  tersebut  semasa  meleretkan  buah  kelapa.  Pemain
            menggolekkan kelapa untuk menjatuhkan botol mineral yang telah disusun. Kemahiran meleret dan
            menggolek sahaja dibenarkan. Jika peserta menggunakan kemahiran lain akan dikira tiada markah.
            Pasukan yang menjatuhkan botol mineral paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

            Senarai keperluan

                     ⚫   Bahan atau peralatan : 10 botol
                     ⚫   Tempat :  Kawasan Lapang
                     ⚫   Bilangan pemain : Tidak terhad dan bermain dalam kumpulan.


            8 | D e ’ U n i t e
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18