Page 14 - deunite
P. 14
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
1.3.1 Makanan Tradisional Etnik
Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu
dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia
umumnya amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional seperti karipap, nasi lemak, roti canai dan
sebagainya. Di samping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung segi positif yang lain seperti
bahan-bahan yang bervitamin, bergizi tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera
masyarakat sehingga diyakini mempunyai potensi yang baik sebagai makanan. Makanan tradisional
dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di dalam sistem sosial budaya berbagai-
bagai golongan etnik dan kaum di daerah-daerah. Makanan tersebut disukai kerana rasa, tekstur dan
aromanya sesuai dengan seleranya. Demikian juga dengan kebiasaan makan khas daerah umumnya
tidak mudah berubah, walaupun anggota etnik bersangkutan pindah ke daerah lain.
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang istimewa kerana dihuni oleh masyarakat yang
berbilang etnik. Etnik Melayu, Cina dan India merupakan etnik utama di Malaysia. Selain itu, Malaysia
juga mempunyai kira kira 80 kaum etnik lain seperti Baba Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Etnik
Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk
negara ini. Orang Melayu adalah beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan berketurunan Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut, sopan santun
dan peramah serta mempunyai kemahiran kesenian yang tinggi. Penduduk Melayu, Cina, India dan
pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi. Oleh yang demikian,
pelbagai budaya yang berbeza dari setiap etnik akan saling mempengaruhi dan seterusnya
menghasilkan gabungan variasi budaya Malaysia yang unik.
Terdapat banyak aspek dalam mewujudkan kepelbagaian budaya antaranya cara pemakanan,
sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan banyak lagi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap
kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari
ini, makanan juga memberi impakyang besar dalam mewujudkan variasi etnik di Malaysia. Sebagai
contoh, roti canai, nasi lemak, lontong, tosei, capati serta yong tau fu bukan hanya di makan oleh etnik
Melayu, Cina dan India sahaja malahan semua makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja tidak terkecuali
bangsa asing yang datang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran
di Malaysia
Makanan tradisional dihidangkan adalah ;
I. Nasi lemak
II. Kuih bulan
III. Muruku
9 | D e ’ U n i t e