Page 12 - deunite
P. 12
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
Senarai keperluan
⚫ Bahan atau peralatan : Bola, Wisel
⚫ Tempat : Kawasan Lapang
⚫ Bilangan pemain : Tidak terhad
III. Baling Selipar
Rajah III. Permainan baling selipar.
Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-kanak atau dewasa. Permainan ini
memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh
tercedera terkena daripada balingan dibuat oleh pihak lawan. Selipar yang dikumpulkan haruslah
dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat balingan. Pemain
pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar kearah
selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh
selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan
pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya. Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka
pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan
disasarkan pada pihak lawan, Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula
selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.
Senarai keperluan
⚫ Bahan atau peralatan : 3 pasang selipar
⚫ Tempat : Kawasan Lapang
⚫ Bilangan pemain : Tidak terhad
7 | D e ’ U n i t e