Page 7 - deunite
P. 7
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia memiliki Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60
tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di
Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN. Warga emas adalah insan yang banyak
berjasa kepada kita secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan
yang berjaya dalam bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran
ditinggalkan oleh anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu, sewajarnya
program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua yang ditinggalkan oleh insan
yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada dalam
jiwa kami sebagai seorang anak, agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan
rasa sedikit keprihatinan daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, program ini dapat memberikan
kepada kami sedikit input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga emas emas dengan lebih
mendalam dan mengambil cara-cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin mengalami
masalah dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga emas khususnya kaum melayu,
india cina .
1.1. KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1.1.1 Masyarakat
Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan
sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai
kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan
1.1.2 Manusia
Manusia ialah sebagai 7 eneti asas dalam pembentukan sesebuah etnik di Malaysia.Makhluk
homosapien (human) yang dicipta oleh Tuhan, memiliki sifat yang sempurna dari aspek fizikal, akal
fikiran dan hawa nafsu.
1.1.3 Etnik
Kelompok manusia yang menganggap diri mereka mempunyai beberapa ciri kebudayaan unik dan
disatukan oleh kesejarahan, eneti nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.Etnik merujuk ahli
sosiologi merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak
persamaan seperti persamaan ras,agama dan asal usulnya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri
budaya seperti adat resam, alat muzik, pakaian, hiburan, kegiatan ekonomi, makanan dan bahasa. Etnik
di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, KadazanDusun, Melanau dan pelbagai lagi
etnik.
1.1.4 Ras(puak)
Ras merujuk kepada sifat lahiriah-biologi semulajadi yang mudah diperhatikan pada seseorang atau
sekumpulan manusia seperti warna kulit, warna mata atau rambut dan sebagainya. Sekelompok
manusia dikatakan seras atau dari kumpulan ras yang sama kerana mempunyai ciri-ciri fizikal 7enetic
yang sama sebagaimana yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
2 | D e ’ U n i t e