Page 5 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 5

BICARA PENYELARAS SEBAHTERA IV 2021
                                                       PUAN RODZITA BINTI YAHAYA



                                    Assalamualaikum dan salam sejahtera


                Syukur  alhamdulillah  dengan  izin  dan  limpah  rahmat  Alah  Yang  Maha  Berkuasa,  Seminar  Bahasa,
                Budaya dan Kesusasteraan Melayu Kali Ke IV (SEBAHATERA IV) 2021 dapat dilaksanakan dengan
                jayanya.  Walaupun  seminar  dwitahunan  ini    telah  tertangguh  selama  setahun  kerana  pandemik
                Covid-19,  namun  komitmen  daripada  semua  pihak  akhirnya  dapat  dilaksanakan  secara  atas  talian.
                Sesungguhnya  kita  semua  maklum  banyak  cabaran  dan  kekangan  yang  perlu  dihadapi  dalam  be-
                radaptasi dengan situasi norma baharu.
                        Tema  yang  dipilih pada kali  ini  iaitu  “Bahasa,  Budaya dan  Sastera Mendepani Era  Revolusi
                Pendidikan” amat bersesuaian dan masih relevan dengan situasi semasa. Bahasa, budaya dan sastera
                merupakan  elemen-elemen  yang  saling  berkait  rapat  dan  sastera  itu  sendiri  mempunyai  rangkuman
                yang luas bukan sahaja dari aspek pengkaryaan, malah termasuk juga senibina, senitari dan semua
                yang berkaitan dengan cara hidup manusia serta norma-norma dan nilai-nilai kemasyarakatan.

                        Objektif  seminar  adalah  untuk  mengembangkan  pendidikan  bahasa,  sastera  dan  budaya,
                membudaya  dan  memperkasakan    penyelidikan  dalam kalangan  pensyarah,  guru-guru,  para  pelajar
                dan   para   penyelidik   telah   tercapai   memperlihatkan   penglibatan   mereka   yang   amat
                memberangsangkan. Melalui penyelidikan yang dijalankan dapat menghasilkan dapatan-dapatan yang
                menarik dan bermanfaat untuk dibaca dan dihayati.

                        Seminar ini dapat dijalankan dengan jayanya melalui jalinan  yang erat dan padu antara IPG
                Kampus  Keningau,  PG  Kampus  Tun  Abdul  Razak,  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  serta  Universitas
                Hasanuddin,  Makasar,  Indonesia.  Setinggi-tinggi  tahniah  dan  terima  kasih  atas  kesudian  menjadi
                penganjur bersama dan  pastinya jalinan erat ini tidak hanya berhenti di sini sahaja. Adalah menjadi
                harapan kami agar jalinan kerjasama antara kita akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang
                dengan rasa sepakat dan kolektif menjulang kecemerlangan.
                        Akhir kata,  pada kesempatan ini saya ingin  merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
                pihak penganjur bersama, IPGM serta seluruh jawatankuasa kerja yang telah bertungkus-lumus dan
                memberikan komitmen terbaik sehingga terlaksananya SEBAHTERA IV pada kali ini.

                Salam hormat,

                RODZITA BINTI YAHAYA
                Penyelaras SEBAHTERA IV 2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10