Page 7 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 7

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
                               INSTITUT PENDIDIKAN GURU  KAMPUS KENINGAU, SABAH




                Salam sejahtera dan salam
                ‘Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan’.


                Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya
                diberi  kesempatan  dan  kekuatan  untuk  menulis  sepatah  dua  kata  dalam  kata  alu-aluan  sempena
                dengan  Seminar    Bahasa,Sastera  dan  Budaya  (SEBAHTERA)  kali  ke-4  tahun  2021  anjuran  IPG
                Kampus Keningau dengan kerjasama IPG Kampus Tun Abdul Razak Sarawak, Dewan Bahasa dan
                Pustaka dan  Universitas Hasanuddin, Makassar Indonesia.
                       Tahniah  dan  syabas  diucapkan  kepada  semua  jawatankuasa  kerja  SEBAHTERA  IV
                khususnya Jabatan Bahasa, IPG Kampus Keningau dan rakan strategik pelaksana seminar ini kerana
                berjaya menganjurkan seminar secara maya pada tahun ini. Sesungguhnya penganjuran kali ini amat
                berbeza dengan yang sebelumnya dengan penggunaan medium ‘online’ bersesuaian dengan norma
                baharu dunia masa kini.

                       Kita sedia maklum bahawa aktiviti penyelidikan merupakan sebahagian daripada tugas hakiki
                yang perlu dilaksanakan oleh setiap warga pendidik dalam meningkatkan tahap profesionalisme. Hal
                ini  penting  kerana  institusi  pendidikan  bukan  sahaja  menjadi  medan  penyebaran  ilmu  tetapi  juga
                menjadi  medan  penjanaan  pengetahuan  dalam  kalangan  pencinta  bahasa,  budaya  dan
                kesusasteraan Melayu  bagi mencapai matlamat utama penganjuran; melestarikan bidang   bahasa,
                budaya dan kesusasteraan Melayu serta     melonjakkan revolusi dunia pendidikan pada abad ke-21
                ini sekaligus memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam PdPc.
                       Komitmen dan kesungguhan yang tinggi serta budaya kerja sepakat dan kolektif  menjulang
                kecemerlangan  ini  telah  berjaya  membantu  kejayaan  dalam  seminar  ini  dan  seterusnya  dapat
                merealisasikan hasrat IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia Oleh itu, penganjuran seminar pada kali
                ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada warga pendidik untuk terus cemerlang dan bidang
                pendidikan pada masa-masa yang mendatang.
                       Akhir  kalam,  saya  dengan  rasa  rendah  hati  sekali  ingin  mengucapkan  ribuan  terima  kasih
                kepada semua ahli Jawatankuasa dan semua warga IPG Kampus Keningau, IPG Kampus Tun Abdul
                Razak,  Kota  Samarahan,  Sarawak,  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka,  Kementerian  Pelajaran  Malaysia
                dan  Universitas  Hasanuddin,  Makassar,  Indonesia  yang  telah  berusaha  gigih  sehingga  berjaya
                menyempurnaan SEBAHTERA IV secara maya pada tahun 2021 dengan jayanya.

                                      Cenderawasih terbang berkawan,
                                          Hinggap lama di ranting berduri;
                                      Terima kasih kepadamu tuan,
                                          Sudi menyertai seminar kami.

                Sekian, terima kasih.


                DOTI BIN ASING
                Pengarah
                IPG Kampus Keningau, Sabah
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12