Page 8 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 8

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
                             INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
                                                                   KOTA SAMARAHAN, SARAWAK







                SYABAS  saya  ucapkan  atas  penganjuran  SEBAHTERA  IV  dalam  usaha
                menjulang  tradisi  keilmuan  melalui  penyelidikan  di  peringkat  antarabangsa
                ini.  Dalam  mendepani  cabaran  getir  era  revolusi  pendidikan,  iaitu  ketika
                dunia  berdepan  dengan  pandemik  COVID-19,  kita  seharusnya  seiring  dan
                sejalan  dengan  kemajuan.  Dalam  masa  yang  sama,  kita  juga  haruslah
                sentiasa mengungguli usaha pelestarian budaya penyelidikan dalam konteks
                yang lebih meluas mencakupi pelbagai disiplin ilmu malah dapat merentasi
                sempadan  dunia.        Walaupun  cabaran  yang  dihadapi  ini  banyak  menghambat  tindak-tanduk  kita,
                namun  dengan  kolaboratif  yang  kita  jalin  melalui  pelbagai  pihak,  segalanya  pasti  akan  dipermudah
                dalam usaha mengekalkan budaya   penyelidikan sebagai satu legasi yang mesti kita pertahankan.
                       Dengan bertemakan Bahasa, Budaya dan Sastera Mendepani Era Revolusi Pendidikan, saya
                percaya misi memartabatkan budaya keilmuan melalui penyelidikan ini dapat direalisasikan meskipun
                dalam  talian.  SEBAHTERA  IV  menjadi  manifestasi  kita  dalam  mendalami  dan  menjiwai  konsep
                keilmuan  yang  dibuktikan  melalui  kaedah  yang  saintifik  ini.  Melalui  SEBAHTERA  IV  ini,  akan  dapat
                mengimarahkan ruang masa generasi pembentang kita ke arah membina jati diri sebagai pengkaji yang
                tulen dalam meneruskan kelangsungan tradisi keilmuanini hingga ke peringkat global.
                       Pada hemat saya, SEBAHTERA IV akan menjadi mekanisme yang berkesan bagi memastikan
                budaya penyelidikan akan terus hidup segar dan akan diwarisi oleh generasi cerdik pandai kita pada
                masa  akan  datang.  Dalam  konteks  pendidikan,  usaha  seperti  ini  menjadi  medan  kepada  guru-guru
                pelatih,  para  pendidik,  mahasiswa-mahasiswi  IPT,  pensyarah  serta  masyarakat  setempat  dalam
                meningkatkan     ilmu     pengetahuan     dan     kemahiran     mereka      dalam     bidang
                penyelidikan.  Tahniah  kepada  semua  pembentang  atas  penyertaan  anda  melalui  SEBAHTERA  IV.
                Saya doakan agar SEBAHTERA IV ini akan mencapai objektif yang dihasratkan dan terus kekal relevan
                pada masa akan datang.

                Sekian.





                PUAN ANIS ALISYA BINTI ABDULLAH
                Pengarah
                IPG Kampus Tun Abdul Razak,
                Kota Samarahan, SARAWAK
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13