Page 6 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 6

KATA ALU-ALUAN REKTOR

                                                           INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA





                Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.



                Terlebih  dahulu  saya  ingin  merakamkan  ucapan  terima  kasih  kerana  sudi
                memberi  peluang  saya  menyampaikan  kata  alu-aluan  dalam  buku  program
                Seminar Bahasa, Budaya dan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-4/2021.

                       Tema yang dipilih pada seminar kali ini, “Bahasa, Budaya dan Sastera Mendepani Era Revolusi
                Pendidikan” adalah bertepatan dengan norma baharu masa kini. Sebagaimana yang kita sedia maklum
                bahawa  bahasa  Melayu  adalah  bersifat  dinamik  dan  bersedia  menerima  perubahan  sejajar  dengan
                perkembangan dan kemajuan sans dan teknologi masa kini.  Prof Dr Arndt Graf, Ketua Pengajian Asia
                Tenggara,  Universiti  Goethe,  Frankfurt,  dalam   Ucaptama  Seminar  Mendaulatkan  Bahasa  Melayu:
                Bahasa Melayu Meniti Era Revolusi Industri Keempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), 2018  begitu
                optimis mengatakan bahawa bahasa Melayu akan kekal relevan dan menjadi lebih penting dalam era
                RI4.
                       Oleh yang demikian, kita sebagai pelajar dan warga pendidik sewajarnyalah berasa terpanggil
                untuk membuat anjakan paradigma daripada kebiasaan biasa kepada sesuatu yang baharu atau lebih
                baik sejajar dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.   Individu yang
                tidak berganjak dan bergerak seiringan dengan kemajuan serta memberikan respon terhadap tuntutan
                semasa adalah mereka yang pasif lagi pesimistik. Kita perlu peka dan bersikap proaktif terhadap isu-isu
                semasa  pendidikan  agar  kita  dapat  bersama-sama  menyumbang  ke  arah  pembentukan  masyarakat
                yang progresif dan berpengetahuan.

                       Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar, peserta  dan pembentang
                kertas kerja. Semoga seminar kali ini akan dapat berjalan dengan lancar dan mampu mencapai objek-
                tifnya seterusnya memacu pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
                Sekian, terima kasih.





                YBHG DR HAJAH RUSMINI BINTI KU AHMAD
                Rektor
                Institut Pendidikan Guru Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11