Page 103 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 103
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.1.2 Program Pemantapan Kumpulan Sasar Tahun 2023
Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar berkenaan dasar kerajaan
dan isu perikanan serta meningkatkan kesedaran mengenai isu perikanan tempatan dan global. Selain itu,
program ini dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan dan kumpulan sasar yang mana boleh membantu
kumpulan sasar dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh komuniti perikanan
di samping menjadi sebagai mata dan telinga.
11.1.3 Program Pemantapan Kumpulan Sasar Tahun 2023
Pelaksanaan program pengukuhan kumpulan sasar adalah untuk menyantuni komuniti perikanan (myKP)
dan Ketua Jaringan Perikanan (KJP) melalui pelbagai pendekatan pengisian aktiviti yang memfokuskan kepada
pembangunan komuniti. Program ini membantu myKP dan KJP mengenal pasti jenis aktiviti perikanan yang
boleh mereka perkembangkan bagi meningkatkan sumber ekonomi komuniti dan setempat.
101