Page 106 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 106
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.2.3 Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)
Program ini adalah inisiatif Kementerian Pertanian dan keterjaminan Makanan (KPKM) dalam membangunkan
usahawan industri makanan melalui padanan geran 70:30 di mana kerajaan membiayai 70% manakala
30% lagi ditanggung oleh peserta. Had maksimum bantuan kerajaan bernilai RM 60,000.00.
Skop projek program ini merangkumi kajian nutrisi dan jangka hayat produk, reka bentuk pembungkusan
dan pelabelan, peningkatan kapasiti pengeluaran, penambahbaikan premis dan perolehan papan tanda
perniagaan.
11.2.4 Program Rezeki Tani (RT)
Program REZEKI TANI yang ditambahbaik daripada projek AZAM TANI dari segi skop projek dan tempoh
bimbingan dari 36 bulan kepada 18 bulan.
Meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan in-kind mengikut projek yang melibatkan
aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan.
104