Page 105 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 105
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.2.2 Program Agropreneur Muda (GAM)
Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Bidang
keusahawanan agro berasaskan sektor pertanian seperti tanaman, ternakan dan perikanan serta industri
asas tani termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian dan agropelancongan
(In Kind Contribution).
Objektif program adalah meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui produktiviti pengeluaran,
kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompentitif. Program
ini menarik golongan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
Pada tahun 2023, sebanyak 45 projek telah diluluskan melalui peruntukan Geran Agropreneur Muda dengan
peruntukan sejumlah RM 893,838.00.
103