Page 107 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 107
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.2.5 Geran Agropelancongan
Agropelancongan adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman,
ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan.
Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat tani yang terdiri daripada petani, penter-
nak dan nelayan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka serta membuka peluang pekerjaan
baru kepada penduduk.
Jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Geran Agropelancongan pada tahun 2023 adalah sejumlah
RM362,000.00, merangkumi tiga projek agropelancongan swasta seperti berikut :
• Aminah Rahmat Agrofarm, Labis, Johor (RM 110,000)
• Sport Fishing Resort & Restaurant Sdn Bhd, Kuala Ampang Selangor (RM 102,000)
• Tenggaroh Agroville, Mersing, Johor (RM 150,000)
11.3 Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (FIDTEC)
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (FiDTEC) berperanan sebagai pusat sokongan teknikal perkhidmatan
pengembangan kepada golongan sasar dan kakitangan Jabatan. FiDTEC juga berperanan dalam menyokong
pertumbuhan industri sokongan perikanan (ISP).
Terdapat tujuh pusat FiDTEC di seluruh negara yang telah menganjurkan pelbagai program peningkatan kemahiran
teknikal kepada kumpulan sasar pada tahun 2023. Antara pusat FiDTEC yang terlibat dalam penganjuran
program seperti kursus, demontrasi dan program kemahiran asas (PKA) adalah seperti berikut :
11.3.1 Program Inkubator Pengembangan - Pemprosesan (FiDTEC-S)
Program Inkubator Pengembangan Jabatan Perikanan Malaysia ini adalah projek yang dilaksanakan oleh
Bahagian Pengembangan Perikanan.Pewujudan Program Inkubator Pengembangan ini telah dilaksanakan
semasa Dasar Pertanian. Terdapat empat FiDTEC-sdi Malaysia iaitu :
a) FiDTEC-s Lenggong, Perak
b) FiDTEC-s Batu Berendam, Melaka
c) FiDTEC-s Seberang Takir, Terengganu
d) FiDTEC-s WP Labuan.
105