Page 104 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 104

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            11.2  Pembangunan Usahawan
            11.2.1   Program myAgropreneur Perikanan (myAP)

                  myAP adalah program pembangunan usahawan perikanan di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia
                  yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan program keusahawanan di sepanjang rantaian nilai sektor
                  perikanan seperti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan industri sokongan perikanan termasuk
                  agropelancongan serta perikanan rekreasi. Antara skop dan komponen yang diketengahkan adalah seperti
                  berikut :

                  •   Industri Asas Tani (IAT) – Pemprosesan produk berasaskan perikanan;
                  •   Industri Sokongan Perikanan (ISP) – Perkhidmatan pembinaan bot, Pembuatan ais dan selenggara
                     enjin bot;
                  •   Agropelancongan (AP) – Perikanan rekreasi dan Agropelancongan
                  •   Pemasaran – Pemasaran ikan dan produk perikanan
                  •   Lepas tuai – Perkhidmatan peningkatan kualiti dan pengurangan kerosakan lepas tuai


                  Pada tahun 2023, seramai 78 penerima yang telah diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan
                  jumlah peruntukan sebanyak RM 1,716,617.00.






















































         102
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109