Page 115 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 115
Garis Panduan Tugas Guru Sukan & Permainan Sekolah
1. Memajukan kemahiran murid dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara melatih mereka mengikut jadual
yang telah ditetapkan atau masa-masa lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak
permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain, sekolah- sekolah berdekatan, antara kelas atau
antara ahli kelab.
2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Sukan melalui Penyelaras Sukan.
i Peraturan/Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan
3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan MSSZ dan MSSD.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam sukan & permainan.
5 . Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dan
mengurus surat kebenaran ibu bapa.
7. Mengiringi dan menjaga disiplin dan keselamatan murid dalam satu-satu perlawanan.
8. Bertanggungjawab atas keselamatan dan kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.
8. Kehadiran murid mesti ditandatangani di dalam buku rekod kehadiran PAJSK setiap kali perjumpaan.
9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik serta simpan di tempat
yang ditentukan.
10. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat butir-butir, tarikh, lokasi,
nama pertandingan, nama peserta, No. IC, peringkat pertandingan dan keputusan pencapaian.
Sila buat salinan kepada guru kelas, SU Koku, SU Sukan, Unit Pertandingan dan GPK Koku.
11. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, pengangkutan dan sebagainya.
12. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang
dan disiplin sekolah.
13. Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.
14. Menilai prestasi pasukan dalam permainan.
15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
16. Mengemaskini stok kelab dan sediakan senarai stok pada akhir tahun untuk rekod dan rujukan SU Koku, SU
Sukan dan GPK Koku.
KETUA RUMAH SUKAN
Tugas:
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Menubuhkan jawatankuasa pengagihan tugas rumah sukan di kalangan murid dan guru.
4. Mengadakan mesyuarat rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah dan temasya sukan sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan penyelaras sukan dan permainan, setiausaha sukan / Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.
7. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
79