Page 118 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 118

Maklumat penting Pengurusan Kokurikulum
                                TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM

            1.   Merancang Program aktiviti kokurikulum sekolah, kelab, badan beruniform dan sukan & permainan — Rancangan
                Jangka Panjang & Rancangan Jangka Pendek.

            2.   Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

            3.   Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

            4.   Kerjasama semua pihak akan memastikan setiap kelab/persatuan mencapai matlamat kokurikulum dari segi intelek,
                rohani, emosi dan jasmani.

            5.   Menentukan takwim & jadual aktiviti. Pada hari hujan, aktiviti kokurikulum/sukan akan dijalankan di dewan atau
                bilik darjah secara teori.

            6.   Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan kehadiran dicatat.

            7.   Memastikan   sekolah    mengambil     bahagian   dalam     kegiatan   kokurikulum    peringkat
                zon/daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa.

            8.   Memastikan guru mematuhi takwim & jadual kokurikulum. Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar, berterusan
                dan berkesan.

            9.   Kehadiran guru diwajibkan & perlu dicatat. Sila minta kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya
                tidak dapat hadir atau bermasalah peribadi.

            10.  Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, merentas desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.

            11.  Memantau dan menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

            12.  Memastikan konsep 1 Murid 1 Sukan  dan konsep kelab/persatuan 1 Murid 1 Projek dilaksanakan di sekolah.(setiap
                kelab/pertandingan/program)

            13.  Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan kokurikulum yang akan digunakan.

            14.  Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam
                bidang masing-masing.

            15.  Memastikan semua tempat aktiviti dan peralatan selamat digunakan dan mencukupi .

            16.  Menerima laporan kegiatan kokurikulum pada akhir tahun daripada SU Kokurikulum, SU sukan dan penyelaras unit.

            17.  Menerima laporan kedudukan stok dan inventori berkaitan Kokurikulum.

            18.  Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum.


                              TUGAS  JAWATANKUASA  SUKAN  SEKOLAH

            1.  Menentukan objektif Temasya Sukan sekolah tercapai.

            2.  Merancang program aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek.

            3.  Merancang strategi peningkatan dan penglibatan warga sekolah dalam sukan.

            4.  Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
            5.  Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.

            6.  Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman dan luaran.

            7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sukan sekolah bagi menjamin keselamatan,
                 kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

            8.  Mendapat kerjasama badan sukan luar untuk melatih guru dalam program perkembangan staf.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123