Page 119 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 119
9. Mendapat bantuan badan sukan atau individu luar untuk melatih pemain-pemain sekolah.
10.Mengatur & menyelia peralatan kelab / badan beruniform / sukan dan permainan.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
(a) Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
(b) Membantu pengetua / guru besar / GPKKK dalam perancangan, pengagihan tugas,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid.
(c) Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat
persatuan / kelab, badan beruniform serta sukan dan permainan.
(d) Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid diselenggara dengan baik.
(e) Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
(f) Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemas
kini dan mencukupi.
(g) Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta
menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.
(h) Membuat laporan tahunan keseluruhan dan analisa tentang aktiviti, penyertaan dan pencapaian kokurikulum
sekolah.
TUGAS PENYELARAS PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM /
KELAB SUKAN & PERMAINAN
1. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
2. Menyelaraskan semua aktiviti persatuan / badan beruniform / kelab sukan & permainan.
3. Memastikan semua murid yang menyertai aktiviti pertandingan tambahan atau luar kawasan sekolah perlu
mengisi borang kebenaran ibu bapa.
4. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
5. Memastikan peraturan dan minit mesyuarat agung direkod dan difailkan.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum dan Borang PAJSK:
- Agih kepada guru untuk diedarkan kepada semua murid.
- Kutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Guru.
8. Menyediakan borang fail/laporan/buku yang diperlukan untuk aktiviti :
- Borang pemilihan dan pendaftaran persatuan / kelab / badan beruniform / sukan & permainan.
- Borang senarai AJK dan ahli.
- Buku laporan kegiatan kokurikulum.
- Senarai pasukan rumah.
- Senarai ahli persatuan / kelab / badan beruniform / sukan.
- Borang PAJSK.
- Fail-fail yang diperlukan.
9. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
10. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Membuat laporan tahunan keseluruhan dan analisa tentang aktiviti penyertaan dan pencapaian kokurikulum
sekolah.