Page 116 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 116
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai
wakil sekolah.
9. Mengemaskini data fail rumah sukan untuk rujukan dan laporan.
GURU RUMAH SUKAN
Tugas:
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari yang ditetapkan.
2. Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatatkan dalam Buku Kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan murid dan menandatangani Buku Laporan Gerakerja Kokurikulum murid serta
mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Sentiasa mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dijalankan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
8. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
9. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
10. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan pada akhir tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti rumah sukan dan pencapaian sukan sekolah.
12. Memastikan rancangan tahunan pasukan rumah / persatuan / kelab / badan beruniform dijalankan seperti yang
dijadualkan.
PERATURAN-PERATURAN MENYERTAI GERAK KERJA
KOKURIKULUM AM UNTUK MURID
1. Murid-murid dikehendaki memakai baju kegiatan sekolah atau baju seragam sekolah.
2. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala undang-undang kelab / persatuan / badan beruniform / sukan dan
permainan yang tercatat dalam perlembagaan kelab/persatuan/badan beruniform dan sukan & permainan
sekolah.
3. Kehadiran murid-murid dalam kegiatan kokurikulum mesti mencapai 90% sebelum diikhtirafkan sebagai ahli
kelab/persatuan atau dipilih untuk mewakili sekolah.
4. Segala aktiviti kokurikulum luar masa ditetapkan dalam jadual waktu kegiatan kokurikulum atau melibatkan
orang luar atau di luar kawasan sekolah mesti mendapatkan kebenaran Guru Besar melalui Guru Penasihat.
5. Tiap-tiap murid WAJIB menyertai Persatuan Pakaian Seragam (surat Kementerian Pendidikan KP(BS)
8586/090/jld/(12) adalah dirujuk) dan aktiviti kelab/persatuan dan sukan. (Rujuk Maklumat aktiviti-aktiviti
kokurikulum untuk tahun 2001)
6. Setiap murid mesti mempunyai buku gerakerja kokurikulum sekolah PAJSK di mana semua aktiviti
direkodkan.Buku tersebut perlu dibawa setiap kali ada perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru
Penasihat.Buku ini dirujukkan supaya kehadiran dan penyataan murid dalam aktiviti kokurikulum dinilaikan
semasa guru tingkatan menyediakan surat akuan dan Sijil Berhenti Sekolah.
80