Page 120 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 120

TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

            1.      Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab dengan membuat permohonan penubuhan kelab/ Badan Beruniform /
                 unit sukan untuk mendapatkan kelulusan pendaftar. Selepas mendapat surat kelulusan dan surat perlantikan,
                 sediakan surat penurunan kuasa kepada AJK Kelab / B. Beruniform / Unit Sukan & Permainan.

            2.      Memastikan Mesyuarat Agung diadakan pada bulan Januari bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

            3.      Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.

            4.      Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

            5.      Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

            6.      Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid , laporan aktiviti dan takwim tahunan kelab perlu dihantar
                     kepada Penyelaras kelab dan  setiausaha kokurikulum seminggu selepas Mesyuarat Agung dijalankan.

            7.      Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan catatan dibuat.

            8.      Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan badan beruniform / kelab sukan & permainan / persatuan
                     serta melaksanakannya.

            9.      Membuat anggaran belanjawan memastikan pengurusan kewangan / harta benda peralatan diurus dengan baik.

            10.    Memastikan dokumen surat , takwim, pelan strategik kelab, minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan
                     difailkan.

            11.    Mendaftarkan badan beruniform, kelab sukan & permainan, persatuan kepada Guru Besar atau badan induk.

            12.    Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

            13.    Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah  / zon / daerah / negeri / kebangsaan dengan
                     baik.

            14.    Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

            15.    Kemaskini  maklumat dalam fail kokurikulum selepas setiap perjumpaan pertandingan/projek & HANTAR
                     KEPADA PENYELARAS KELAB / BADAN BERUNIFORM DAN PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN )
                     untuk semakan setiap bulan.

            16.    Menandatangani Buku Kehadiran Murid setiap kali perjumpaan.

            17.    Bertanggungjawab mencatat penyertaan, pencapaian ahli setiap pertandingan dalam borang PAJSK. Hantar laporan
                     dalam masa seminggu kepada unit pertandingan, penyelaras Kelab/ Badan Beruniform dan penyelaras Kelab Sukan.

            18. Guru penasihat mesti tegas tentang
                    (i)    Kehadiran,
                   (ii)    Ketetapan masa &
                  (iii)    penglibatan semua ahli.
                  (iv)    Rekod PAJSK
                           Pasti hantarkan :
                           - perlembagaan kelab/persatuan/badan beruniform
                           - rancangan aktiviti tahunan ( takwim kelab) dan surat-surat berkenaan
                           - laporan kegiatan disediakan untuk* fail kelab/persatuan/badan beruniform
                             * dihantar kepada penyelaras kelab/persatuan/badan beruniform

            19.   Murid-murid bermasalah mesti direkod dalam buku laporan kokurikulum dan beri perhatian yang sewajarnya.

            20.   Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

            21.   Memastikan aktiviti dirancang dan dijalankan demi manfaat murid.

            22.   Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

            23.   Menyediakan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa kelab ( murid ).

            24.   Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125