Page 121 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 121
25. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
26. Laporan Tahunan bersama analisa penyertaan dan pencapaian murid perlu dihantar kepada penyelaras KK.
Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan
1. Menentukan objektif sukan 1M1S tercapai.
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang.
3. Mengenalpasti sasaran murid berpotensi dan merancang aktiviti sukan.
4. Merancang aktiviti peningkatan penglibatan dan pencapaian murid dalam sukan jangka pendek dan jangka panjang.
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelicinan, dan
kelancaran pelaksanaan.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.
Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah/Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah
dan sekolah supaya berjalan lancar.
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSZ / MSSD.
3. Membantu Pengetua/Guru Besar dan GPK Kokurikulum menetapkan guru rumah sukan serta mengagihkan tugas
sukan kepada guru.
4. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul.
5. Menetapkan murid dalam rumah sukan.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah/ Membantu dan menyelaras penyertaan
sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
7. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
8. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
9. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sekolah.
10. Mengatur pengangkutan dan makanan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
12. Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah
mengikut keutamaan.
14. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan
rekod.
15. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
16. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan
Sekolah,membuat laporan dan mencatatkan rekod pencapaian atau penglibatan dalam buku laporan Kokurikulum
murid dan PAJSK.