Page 11 - C:\Users\ACER\Documents\Flip PDF Corporate Edition\MAJALAN 2023\
P. 11
Secalit Tinta
Pengetua SMK Meradong
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam menjulang pendidikan Sarawak.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli sidang redaksi “SINAR ME-
RADONG” atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah edisi ke-60, sekali gus menyambung kesinambungan penerbitan
majalah tahun demi tahun. Ia menjadi satu dokumen penting sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan dan aktiviti di
SMK Meradong.
Kerjasama dan komitmen daripada warga sekolah, komuniti dan rakan strategik dapat merealisasikan impian
SMK Meradong. Cabaran bagi tahun 2023 amatlah besar.Cabaran kita bukan sahaja untuk merealisasikan misi dan visi
sekolah tetapi , dalam masa yang sama kita terpaksa mendepani cabaran dan hala tuju pendidikan yang semakin pantas
mengejar arus pemodenan. Oleh itu, ia bukan sahaja menuntut komitmen yang tinggi dalam kita melaksanakan tanggung-
jawab tetapi ia turut menuntut kita melaksanakan perubahan yang berlaku secara mendadak dan perubahan ini berlaku
hampir saban hari.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani sega-
la cabaran mendatang. Dalam hal ini , warga SMKM perlu bekerja sebagai satu pasukan. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki
oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.
Secara tidak langsung , hal ini akan dapat membentuk warga SMKM yang berketerampilan , profesional , berkualiti dan
beretika.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kesunggu-
han melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi cabaran pendidikan
kini. Mudah-mudahan kita mampu melahirkan modal insan berkualiti seir-
ing dengan perkembangan zaman.
Walau sebesar manapun cabaran kita pada tahun ini, kita akan tempuhi
bersama. Saya yakin permuafakatan semua guru dan warga SMKM yang jitu
akan terus memberi sumbangan bermakna terhadap kelangsungan pelaksa-
naan Transformasi Pendidikan (TS25), dengan nilai murni dan
integriti yang tinggi ke arah pewujudan sekolah berkualiti dan
memastikan kemenjadian pelajar terus berkesan dan berhasil.
Garapan dan komitmen semua guru akan menghasilkan siner-
gi yang mampu melunak segala cabaran pendidikan terkini.
Akhir kata, saya berharap agar warga SMKM akan
terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam
menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks
dan bersifat global. Sekali lagi tahniah dan syabas saya ucap-
kan kepada semua AJK Sidang Redaksi Majalah Sekolah tahun
2023 yang begitu cakna dan berjaya menerbitkan “SINAR
MERADONG” Edisi ke-60.
ENCIK POH CHIE TECK
Sekian, terima kasih. PENGETUA SMK MERADONG