Page 9 - C:\Users\ACER\Documents\Flip PDF Corporate Edition\MAJALAN 2023\
P. 9

Seuntai Kalam






                               Ketua Pegawai Pendidikan


                                        Daerah Meradong


                     Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh,  Salam  Malaysia  Madani,  Salam  Menjulang  Pendidikan
             Negeri Sarawak dan Salam Menggapai Keterbilangan Meradong.


                     Alhamdulillah,  marilah  sama-sama  kita  merafakkan  setinggi-tinggi  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana
             dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini.  Saya ingin me-
             rakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang
             mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua.  Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana

             majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang
             terlakar di bumi SMK Meradong. Kejayaan menghasilkan majalah merupakan simbol pemuafakatan, kerjasama dan
             interaksi yang terjalin antara guru dan pelajar, selain sebagai ruang untuk pelajar mengasah bakat dalam bidang penu-

             lisan, mengetengahkan idea dan menzahirkan kreativiti masing-masing.

                     Dunia Pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global.   Dalam menghadapi era globalisasi yang
             mencabar ini, murid-murid perlu berusaha gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Gen-
             erasi muda negara kita pada hari ini perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu

             bersaing  di  persada  antarabangsa  yang  penuh  dengan  cabaran.    Sekolah  merupakan  tapak  semaian  dalam
             menghasilkan modal insan cemerlang dan berketerampilan. Dalam usaha menterjemah hasrat dan objektif Pendidi-
             kan, para guru perlu lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan ba-
             haru  yang  sesuai  dengan  perkembangan  semasa.  Guru-guru  juga  perlu

             melaksanakan  tanggungjawab  yang  diamanahkan  untuk  mendidik  anak-anak
             bangsa dengan penuh tulus ikhlas. Selain itu, pemuafakatan antara ibu bapa dan
             guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik.

                     Saya percaya para pendidik telah bangkit dengan memperkemas segala
             prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI dalam

             tempoh yang telah ditetapkan. Saya berharap semua warga SMK Meradong terus
             melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang.

                     Akhir kata, semoga usaha  murni semua pihak dapat mereal-
             isasikan hasrat meningkatkan mutu Pendidikan Daerah Meradong khu-

             susnya dan pendidikan negara amnya. Semoga tahun 2023 menjanjikan
             lebih banyak kejayaan untuk para pelajar di Daerah Meradong teruta-
             manya untuk calon SPM dan STPM.

             Sekian, terima kasih



                                                                        PUAN SHARIFAH IDAWATI BINTI WAN AHMAD
                                                                                Pegawai Pendidikan Daerah
                                                                            Pejabat Pendidikan Daerah Meradong
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14