Page 6 - C:\Users\ACER\Documents\Flip PDF Corporate Edition\MAJALAN 2023\
P. 6

Sekapur Sirih






                  Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia



              Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik.
                     Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi
              mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini.

                     Sekaling tahniah diucapkan kepada siding redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha
              warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain
              membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik.

                     Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras
              dengan  hasrat  yang  terkandung  dalam  Falsafah  Pendidikan  Kebangasaan.  Pembangunan  dari  aspek  akademik  serta
              akhlak, adab dan integrity berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang
              Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani.

                                                     Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan Pen-
                                              didikan berkualiti termasuklah memastikan peluang Pendidikan dapat dinikmati
                                              oleh  semua  tanpa  mengira  status  sosioekonomi  mahupun  keupayaan  bagi
                                              mengelakkan  sebarang  keciciran  amatlah  saya  hargai.  Keterbukaan  serta
                                              penglibatan  aktif  ibu  bapa,  komuniti  dan  pihak  swasta  dalam  sama-sama  me-
                                              macu  kecemerlangan  Pendidikan  negara  juga  menunjukkan  bahawa  peranan
                                              pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semau sepertimana ungka-
                                              pan ‘it takes a village to raise a child’.
                                                     Akhir  kata,  syabas  sekali  lagi  atas  penerbitan  majalah  sekolah  ini  dan
                                              semoga  segala  gerak  kerja  yang  dimainkan  oleh  semua  pihak  membawa
                                               kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan
                                                 negara amnya.

























                  DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
                     Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11