Page 8 - C:\Users\ACER\Documents\Flip PDF Corporate Edition\MAJALAN 2023\
P. 8

Secangkir Bicara







                                    Pengarah Pendidikan

                    Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak



            Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  dan Salam Sejahtera


                  Alhamdulillah  syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  izin  dan  inayah-  Nya,  saya  diberi
            kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada tahun ini.

                  Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah, khususnya sidang redaksi majalah

            sekolah yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah tahun 2023. Segala usaha dan sumbangan karya
            warga  sekolah  dalam penerbitan  majalah ini  akan menjadi sumber inspirasi dan meningkatkan  semangat

            bersatu padu, proaktif serta jati diri kita semua dalam menjulang pendidikan negeri Sarawak yang kita cintai.
            Selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  (FPK)  semua  warga  pendidik  bertanggungjawab  sebagai

            pemacu  bagi melahirkan  insan yang seimbang  dan holistik. la merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan
            jasmani  selari  dengan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025  ke  arah  sekolah

            berkualiti dan kemenjadian murid.

                  Saya  percaya  majalah  ini  juga  akan  menjadi  penanda  aras  serta  penanda  ukur  kemampuan  dan

                                             komitmen  tinggi  sesebuah  sekolah  dalam  memberikan  perkhidmatan
                                             terbaik  untuk  anak  murid  khasnya.  Oleh  itu,  kita  semua  harus

                                             memanfaatkannya  untuk  memacu  transformasi  pendidikan  dan
                                             mengekalkan  usaha  ini  bagi  memastikan  pendidikan  dijulang  serta

                                             dapat direalisasikan. Semoga coretan, karya dan paparan sejarah yang
                                             berkualiti ini menjadi inspirasi kepada kita semua.



                                                 Akhir  kata,  saya  menyeru  kepada  semua  warga  sekolah  supaya
                                                   bersama-  sama berganding bahu ke arah penguasaan ilmu serta

                                                     peningkatan  sahsiah  diri  demi  agama,  bangsa  dan  negara.
                                                      Kerjasama  dan  keyakinan  semua  pihak  sudah  semestinya

                                                        akan  melahirkan  bangsa  Malaysia  sejahtera  yang
                                                          berkualiti, cemerlang  dan gemilang di masa hadapan.











                      Datu Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
                         Pengarah Pendidikan Sarawak
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13