Page 26 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 26

Inkubator Photobooth
          Projek Inkubator Usahawan PIS




          Disediakan oleh : Nur Fatin Athirah binti Mohd Narawai


































                         Unit Keusahawanan PIS telah menganjurkan pecutan perniagaan pelajar (4P)
                         dibawah Latihan TVET Jppkk tahun 2022 yang juga telah mendapat kerjasama
                         CDEC  utk  penggunaan  ruang  di  bilik  inovasi  CDEC  sebagai  Inkubator
                         Photobooth.


                         Program ini juga diterajui oleh pelajar dari program DRG JRKV dan merupakan
                         projek Latihan dan bimbingan keusahawanan yang dikelola oleh Pn Nur Fatin
                         Athirah binti Mohd Narawai dan Cik Edzreen Syahira binti Jamil selaku mentor
                         kepada      pelajar-pelajar     tersebut.    Program       berbentuk       bimbingan
                         keusahawanan  ini  dirancang  untuk  memperkukuhkan  semangat  usahawan
                         pelajar  yang  mempunyai  perniagaan  sendiri  dalam  pengajian  untuk
                         menjadikan usahawan sebagai kerjaya.


                         Objektif  utama  program  ini  ialah  untuk  membantu  dan  menyediakan
                         perhidmatan photobooth kepada pengunjung program yg dianjurkan oleh PIS
                         dan secara umumnya menambah pendedahan dan meningkatkan kemahiran
                         pelajar  dalam  menguruskan  perniagaan  termasuk  pengurusan  perniagaan,
                         kewangan, pemasaran dan pengoperasian sebuah syarikat.


                         Program ini dilihat telah Berjaya mencapai matlamat dan sasaran utama dari
                         segi  penganjuran  dan  penglibatan  memandangkan  pelanggan  yang
                         menggunakan  khidmat  photobooth  ini  memberi  maklum  balas  yang  positif
                         dan  membina.  Besar  harapan  agar  program  ini  dapat  dipanjangkan  dan
                         diteruskan pada masa akan datang.



                                                                                BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE  | 21
                                                                                                 EDITION 2/2022
   21   22   23   24   25   26   27