Page 23 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 23
Program kolaborasi
Pewaris Seni Perpaduan
Disediakan oleh : Dr. Nurul Aisyah binti Othman
Program kolaborasi Pewaris Seni Perpaduan
dengan kolaborasi bersama CDeC dan FELDA
Tenggaroh 01 telah dilaksanakan pada 11 hingga
13 Disember. Penglibatan komuniti dan pelajar
JRKV melalui program keluarga angkat serta
sumbangan kepakaran bagi memenuhi
kehendak kursus DW4043 Creative Event
Management semester 4 Diploma Animasi
Kreatif sesi 1 tahun 2022/2023.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti
Jom Masuk ke Ladang, Melukis Mural dan
Keluarga Angkat. Ianya bertujuan untuk
mewujudkan peluang kesukarelawanan kepada
siswa dan masyarakat. Tahniah diucapkan
kepada Pengarah Program, Dr. Nurul Aisyah
binti Othman dan pensyarah-pensyarah JRKV
yang bertungkus-lumus dalam menjayakan
program ini. Majlis perasmian penutup
dirasmikan oleh Ts. Hj. Hamdan bin Samdin,
Timbalan Pengarah Akademik, PIS. Akhir sekali,
kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih kepada En. Mohd
Qayyum bin Md fauzi Pengurus Felda
Teanggaroh 01 dan Hj. Saimin bin Tarikat, Ketua
Peneroka Felda Tenggaroh 01.
Program ini merupakan latihan secara amali
yang dijalankan di luar kampus untuk melatih
dan menguruskan modan insan (para pelajar)
kearah pembangunan diri yang dituntut oleh
keperluan tenaga kerja professional pada masa
kini. Selain itu, melatih mereka untuk
memantapkan lagi soft-skill yang ada sebagai
nilai tambah pada diri para pelajar yang
bergelar mahasiswa.
Sesungguhnya, segala jasa dan bakti saudara–
saudari dalam menjayakan program ini
sangatlah bermakna dan akan dikenang
sebagai satu sumbangan yang amat dihargai.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 18
EDITION 2/2022