Page 21 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 21

Program Lawatan Sambil Belajar
          ke Kelab Jong Tg. Piai dan

          Pelaksanaan Pertandingan Jong




          Disediakan oleh: Sheril Syazwani binti Salleh

          Pada  23  November  2022,  kursus  MPU24011
          Sukan  Permainan  Tradisional  (Kumpulan  C)
          dibawah  Unit  Kokurikulum  PIS  yang  terdiri
          daripada  sebahagian  pelajar  JRKV,  JPH,  JKM
          dan JKE bersama pensyarah pembimbing, Pn.
          Sheril     Syazwani       binti     Salleh     telah
          menganjurkan program lawatan sambil belajar
          ke  Kelab  Jong  Tg.  Piai  dan  sekaligus
          melaksanakan  pertandingan  Jong  sebagai
          salah    satu    komponen       penilaian    kursus.
          Permainan  Jong  dipilih  bertujuan  untuk
          meningkatkan  kesedaran  golongan  muda
          terhadap  permainan  tradisional  Jong  yang
          sudah  jarang  dimainkan  oleh  rakyat  Malaysia
          serta hampir ditelan zaman.

          Sekaligus,    program       ini   dilihat   mampu
          meningkatkan  pengetahuan  pelajar  tentang
          kaedah      pemasangan         Jong,     mengenali
          komponen-komponennya  dan  pengalaman
          memainkan  permainan  tersebut  di  pantai
          melalui  pelaksanaan  pertandingan  Jong  yang
          dianjurkan  bersekali  dalam  program  ini.
          Namun,  keberatan  Jong  serta  layarnya,  dan
          kecekapan membaca angin telah dibantu oleh
          ahli  kelab  Jong  Tg  Piai  ketika  mengendalikan
          pertandingan tersebut.


          Jong biasanya dimainkan minimum dua orang
          dan  dilakukan  saat  para  nelayan  berhenti
          melaut.  Secara  keseluruhannya,  program  ini
          telah  mencapai  objektif  dengan  jayanya.  Para
          pelajar      dan      pensyarah        mempunyai
          pengalaman  sebenar  untuk  mengendalikan
          Jong.  Diharap  ilmu  yang  diperolehi  ini  terus
          disebar  luas  dan  memberi  manfaat  terhadap
          kepada golongan muda agar permainan tradisi
          Jong  ini  terus  diingati  oleh  pelbagai  lapisan
          masyarakat.  Akhir  sekali,  tidak  lupa  juga
          diucapkan terima kasih kepada En. Tahir selaku
          penyelaras  Kelab  Jong  Tg.  Piai  yang  sudi
          menerima kunjungan kami.


                                                                                BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE  | 16
                                                                                                 EDITION 2/2022
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26