Page 22 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 22
Program Knock Talk JRKV 2022
Graphic Design in Real Practitioner
Disediakan oleh : Edzreen Syahira binti Jamil
Knock Talk adalah merupakan program berbentuk perkongsian idea, pendapat dan
pengalaman dari pakar dalam industri kreatif. Bagi sesi ini, dua bidang kreatif yang dipilih
adalah penjenamaan dan pengiklanan serta produksi. Progam ini dirancang untuk menjadi
salah satu medium yang memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar
JRKV terutamanya pelajar bidang Reka Bentuk Grafik tentang pengalaman sebenar dalam
industri ini dan membantu pelajar-pelajar ini untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan
mereka.
Program Knock Talk ini dilaksanakan pada 24 November 2022 di Ruang Lobi CDeC, PIS dan
secara dalam talian melalui Google Meet iaitu pada minggu ke 13 dalam takwim pdp,
perancangan dan pelaksaan bermula dari minggu pertama bermula dengan perbincangan
untuk menjemput panel industri kreatif bagi berkongsi pengalaman dan topik berkenaan
rekabentuk grafik dan kerja-kerja belakang tabir produksi.
Antara topik yang dikongsikan adalah “Snippets of How Commercial Video Productions
Works.” oleh Encik Mohd Zharif bin Mohd Safian, Anecdote Design Company, “The
Importance of Insights Driven Strategies in Communication” oleh Encik Raphil Rahman,
Reed Works Sdn Bhd dan “Where Creativity Meets Reality” oleh Encik Abd Razak bin Salim,
CDeC, PIS.
Program ini juga diadakan untuk mengeratkan ukhwah di antara pelajar dan para
pensyarah JRKV. Ini membolehkan pelajar dapat menbaiki komunikasi dengan lebih
berkesan disamping mewujudkan kerjasama dalam melaksanakan program ini. Selain itu,
program ini juga merupakan pelantar dalam meningkatkan softskill pelajar termasuklah
kemahiran menguruskan program, bekerjasama, komunikasi, pengurusan masa dan
proaktif. Ini adalah ke arah melahirkan graduan yang holistik serta memberi pengalaman
baru yang bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam pekerjaan kelak.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 17
EDITION 2/2022