Page 17 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 17
Aktiviti PdP Program CSR
Projek Mural "Discovery Square"
Disediakan oleh: Ismalyza binti Mt. Arif
AKTIVITI PdP MENGHASILKAN MURAL
Aktiviti CSR menghasilkan mural bertemakan Discovery Square dilaksanakan pada 19 dan
20 Oktober 2022 di Sek. Keb. Permas Jaya 5 iaitu pada minggu ke 9 dalam takwim pdp.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di antara pensyarah kursus DVI40103 Event
Management, Semester 4 Diploma Rekabentuk Grafik Sesi 1: 2022/2023 seramai 28 pelajar
dan berkolaborasi bersama CDeC, PIS bagi memenuhi tugasan projek akhir bagi kursus
Event Management. Segala perancangan dan pelaksanaan bermula dari minggu pertama
bermula dengan pertemuan dan perbincangan dengan pihak sekolah serta lawatan ke
lokasi untuk dokumentasi dan lakaran kasar oleh pelajar setelah pihak sekolah memberi
taklimat untuk menjadikan laluan susur gajah, foyer serta dataran kecil menjadi tempat
menarik tumpuan bagi murid-murid, guru-guru dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
Seterusnya pemilihan sketches berkosepkan “Sports Eduction & Fun Learning” ditentukan.
Program aktiviti lukisan mural ini juga dapat memotivasikan warga sekolah terutamanya
murid-murid dengan gambar visual dan kata hikmah yang menarik serta mewujudkan
suasana kondusif agar mampu menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan
memberikan manfaat.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 12
EDITION 2/2022