Page 13 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 13
Bengkel Pembangunan Game
(Edutainment)
Disediakan oleh: Siti Salwa Binti Kusairi
Bengkel Pembangunan Game (Edutainment), Artbeat
2022 – To Empower IR 4.0 Via Digital Technology
Entrepreneurship (TEDTEnt) telah diadakan pada 8
dan 9 September 2022 di Politeknik Ibrahim Sultan.
Bengkel ini di adakan untuk pelaksanaan program Art
Beat yang merupakan satu program kreatif yang
melibatkan aktiviti seni kreatif dan keusahawanan.
Penceramah Ts. Ir. Dr. Fauzan Khairi Bin Che Harun
dari Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) telah
berkongsi ilmu sepanjang pelaksanaan bengkel.
Pengisian bengkel tersebut peserta memahami tentang konsep asas dalam pembangunan
reka bentuk pengaturcaraan permainan menggunakan software scratch. Scratch ialah
bahasa pengaturcaraan percuma dan komuniti dalam talian di mana anda boleh mencipta
cerita digital, permainan dan animasi. Objektif utama bengkel ialah menyediakan platform
untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan Teknologi IR 4.0.
Selain itu menggalakkan pemikiran pengiraan dan kemahiran menyelesaikan masalah,
pengajaran dan pembelajaran kreatif, ekspresi diri, kerjasama dan ekuiti dalam
pengkomputeran.
Impak dan keberkesanan bengkel menyediakan rancangan, aktiviti dan strategi untuk
memperkenalkan pengkomputer-an kreatif dalam bilik darjah dan keupayaan untuk
mengekod program komputer adalah bahagian yang penting dalam mempelajari strategi
untuk menyelesaikan masalah, mereka bentuk projek dan menyampaikan idea.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 8
EDITION 2/2022