Page 12 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 12
Program Cuti Sekolah CDeC
Bengkel Tie & Dye T-Shirt
Disediakan oleh : Earni binti Mohamed
Program Bengkel Tie & Dye T-Shirt anjuran Bahagian Pengajaran dan Pembelajaran, CDeC,
PIS telah dianjurkan pada 8 September 2022 pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
dengan penglibatan 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah,
Sekolah Menengah dan komuniti yang berminat dalam bidang seni kreatif tie & dye T-shirt
bertempat di Design Studio Fesyen, Tingkat 1, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, PIS.
Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tertutamanya
pelajar sekolah tentang seni tie & dye. Kesemua peserta telah menyertai bengkel ini dengan
jayanya. Sebagai pengenalan. peserta telah didedahkan kepada jenis dan produk tie & dye.
Kemudian, peserta diperkenalkan pula dengan alat dan bahan untuk proses tie & dye.
Demonstrasi teknik mengikat dan mewarna tie & dye juga telah dijalankan untuk
menghasilkan sample rekabentuk mereka sendiri. Peserta kemudiannya mengaplikasikan
teknik-teknik tie & dye pada sehelai T-shirt mengikut kreativiti masing-masing. Seorang
penceramah dan tujuh orang fasilitator telah terlibat dalam melaksanakan program ini.
Pencapaian Program
Peserta dapat belajar tentang teknik dan proses dalam penghasilan produk tie and dye.
Peserta dapat mempelajari pelbagai jenis teknik mengikat tie & dye.
Peserta dapat membancuh dan menyediakan warna yang sesuai dengan rekaan
masing-masing.
Peserta dapat menghasilkan T-shirt tie & dye dengan melakukan teknik mengikat dan
mewarna yang telah dipelajari.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 7
EDITION 2/2022