Page 7 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 7
Colour of The Sky
2022
Disediakan oleh: Dr. Nurul Aisyah binti Othman
Pada bulan Julai yang lepas, Program
kolaborasi melukis mural yang bertemakan
'Colour of The Sky 2022', telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya di Muzium
Layang-Layang Pasir Gudang, Johor.
Program ini telah dianjurkan pada 14 dan 15
Julai 2022. Diketuai oleh Dr. Nurul Aisyah
Binti Othman selaku Pengarah Projek dan
penglibatan pelajar Program Diploma
Animasi Kreatif Jabatan Rekabentuk &
Komunikasi Visual (JRKV).
Objektif utama program ini ialah untuk
mendedahkan pelajar menunjukkan bakat
dan kepakaran yang berada di Jabatan Reka
Bentuk & Komunikasi Visual di Politeknik
Ibrahim Sultan dan mewujudkan peluang
serta platform untuk memupuk nilai
kerjasama dan kesukarelawan dalam
komuniti. Secara keseluruhannya,
perlaksanaan program ini telah berjaya
membantu pelajar merancang acara secara
tersusun, kreatif dan realistik. Tahniah
diucapkan kepada pelajar-pelajar Diploma
Animasi Kraetif di atas penganjuran program
ini.
Turut hadir meraikan pelajar dalam program
ini adalah YBrs. Ts. Hj. Hamdan bin Samdin,
Timbalan Pengarah Akademik PIS. Semoga
semua pelajar yang telah mengikuti program
ini dapat membentuk insaniah yg kreatif dan
mampu berdikari dalam bidang yang
diceburi.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 2
EDITION 2/2022