Page 11 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 11
Program Cuti Sekolah CDeC
Bengkel Seni Quilling
Disediakan oleh : Earni binti Mohamed
Program Bengkel Seni Quilling anjuran Bahagian Pengajaran dan Pembelajaran, CDeC, PIS
telah dijalankan pada 7 September 2022 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dengan
penglibatan 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah dan komuniti yang berminat dalam bidang seni kreatif quilling bertempat di
Bilik Lukisan, CDeC.
Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tertutamanya
pelajar sekolah tentang seni quilling. Kesemua peserta telah menyertai bengkel ini dengan
jayanya. Sebagai pengenalan, peserta telah didedahkan kepada jenis dan produk yg
dihasilkan dari teknik quilling. Kemudian, peserta diperkenalkan pula dengan alat dan
bahan untuk menghasilkan quilling. Demonstrasi teknik quiling juga telah dijalankan
supaya peserta dapat berlatih menggunakan teknik-teknik yang ada. Dengan
menggunakan kit yang disediakan, peserta telah berjaya merekabentuk produk seperti
penanda buku, bekas pensil dan tabung dengan hiasan hasil teknik quilling. Seorang
penceramah dan tiga orang fasilitator telah terlibat dalam melaksanakan program ini.
Pencapaian Program
Peserta dapat belajar tentang teknik dan proses dalam penghasilan produk seni
quilling.
Peserta dapat mengaplikasikan pelbagai teknik quilling yang sesuai dengan rekaan
masing-masing.
Peserta dapat menghasilkan produk dengan melakukan teknik quilling yang telah
dipelajari.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 6
EDITION 2/2022