Page 10 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 10
Program Cuti Sekolah CDeC
Bengkel Mewarna Batik
Disediakan oleh : Earni binti Mohamed
Program Bengkel Mewarna Batik anjuran Bahagian Pengajaran dan Pembelajaran, CDeC,
PIS telah dijalankan pada 4 September 2022 pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
dengan penglibatan 19 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah dan komuniti yang berminat dalam bidang seni kreatif membatik.
Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tertutamanya
pelajar sekolah tentang seni kreatif batik. Kesemua peserta telah menyertai bengkel ini
dengan jayanya. Sebagai pengenalan. peserta telah didedahkan kepada jenis dan produk
batik Malaysia. Kemudian, peserta diperkenalkan pula dengan alat dan bahan untuk
membatik. Satu demonstrasi mencanting batik dan mewarna juga telah dijalankan
sebelum peserta diajar bagaimana teknik dan proses membancuh warna dilakukan.
Peserta diberi peluang untuk mencanting batik menggunakan lilin di atas pemidang
sebelum mula mewarna. Peserta kemudiannya menggunakan warna-warna yang telah
dibancuh untuk mewarna rekabentuk batik canting yang telah disediakan. Seorang
penceramah dan empat orang fasilitator telah terlibat dalam melaksanakan program ini.
Pencapaian Program
Peserta dapat belajar tentang teknik dan proses dalam penghasilan batik dan teknik
mewarna batik.
Peserta dapat membancuh dan menyediakan warna yang sesuai dengan rekaan
masing-masing.
Peserta dapat menghasilkan produk batik dengan melakukan teknik mewarna yang
telah dipelajari.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 5
EDITION 2/2022