Page 9 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 9
Program Kolaborasi
Bengkel Asas Bahasa Isyarat Siri 1/2022
Disediakan oleh: Sheril Syazwani binti Salleh
Pada 28 Ogos 2022 yang lepas, Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi Visual, PIS telah menganjurkan bengkel
kolaborasi bersama Badan Kebajikan Keluarga Angkatan
Tentera (BAKAT), 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja
(Mekanize). Bengkel Kolaborasi ini telah berlangsung
dengan jayanya secara dalam talian dengan menggunakan
pelantar Google Meet. Tenaga pengajar yang terlibat untuk
berkongsi ilmu tentang asas bahasa isyarat adalah En.
Muhammad Azmil dan Pn. Ismalyza daripada JRKV.
Penglibatan adalah terdiri daripada pelajar Diploma
Rekabentuk Grafik dan ahli BAKAT dengan jumlah
penyertaan seramai 119 orang. Aktiviti pertandingan kuiz
juga diadakan untuk menggalakkan peserta berinteraksi
sepanjang bengkel.
Kolaborasi ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi ilmu
pengetahuan dan memberi pengalaman tentang asas-asas
pengetahuan bahasa isyarat kepada komuniti dan pelajar.
Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang
digunakan oleh komuniti kurang pendengaran dan
golongan yang mempunyai masalah dalam pertuturan.
Namun, bahasa isyarat ini bukan lah perkara asing. Ianya
dilihat suatu inisiatif komunikasi diantara golongan kurang
upaya dengan golongan yang tiada masalah pendengaran
dan pertuturan. Sememangnya, penggunaan bahasa
isyarat memudahkan komunikasi dua hala antara golongan
yang terlibat agar dapat meluahkan rasa, pendapat, idea,
perasaan dan sebagainya. Oleh itu, bengkel ini dilihat telah
mencapai objektif program untuk berkongsi ilmu
pengetahuan, meningkatkan pengetahuan peserta dan
menjalin hubungan kolaborasi dengan industri.
BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE | 4
EDITION 2/2022