Page 6 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 6

MYCOVAID: Application for Basic
          Needs During Quarantine





          Disediakan oleh : Nazirah binti Mat Zain / Nur Syuhada binti Ghazali


          MALAYSIA  TECHNOLOGY  EXPO  sekali  lagi             MyCovAID  merupakan  satu  aplikasi  yang
          telah  menganjurkan  pertandingan  inovasi           menyediakan keperluan asas bagi individu
          yang  bertemakan  MTE  2022  COVID-19                di  bawah  Perintah  Pengawasan  dan
          International  Innovation  Awards  pada  Jun         Pemerhatian  di  rumah  ataupun  dikenali
          2022.  Pertandingan  kali  ini  telah  disertai      juga  sebagai  HSO  (Home  Surveillance
          oleh  gabungan  pensyarah  dan  pelajar  dari        Order)  akibat  Covid-19.  Objektif  utama
          Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual             aplikasi  ini  adalah  untuk  memperkasakan
          yang  berjaya  merangkul  Pingat  Emas               komuniti dengan membantu mereka yang
          melalui      inovasi    aplikasi     MyCovAID.       terjejas     dengan      Covid-19.      Dengan
          Pensyarah yang menyertai pertandingan ini            mendigitalkan konsep 'tangan membantu',
          adalah  Nazirah  Binti  Mat  Zain  dan  Nur          aplikasi  ini  menyediakan  platform  untuk
          Syuhada  Binti  Ghazali  serta  dua  orang           mereka  yang  dikuarantin  mendapatkan
          pelajar  iaitu  Ahmad  Imran  Hakim  Bin             keperluan  asas  seperti  makanan,  ubat-
          Shahril dan Rogine A/P Mokanasuntharam.              ubatan,  penjagaan  diri  dan  sokongan
                                                               psikologi.  Selain  itu,  aplikasi  ini  juga
          Pelajar dan Pensyarah JRKV                           melibatkan bantuan dari sukarelawan yang
          CEMERLANG di Malaysia                                bertanggungjawab           dan        sokongan
          Technology Expo!                                     penjagaan  masyarakat.  Memandangkan
                                                               orang  di  bawah  HSO  perlu  tinggal  di
                                                               rumah,  situasi  ini  akan  mengehadkan
                                                               pergerakan  mereka  untuk  mendapatkan
                                                               keperluan  asas  mereka.  Untuk  mengatasi
                                                               perkara  ini,  MyCovAID  adalah  satu  inovasi
                                                               berguna  yang  akan  memberi  manfaat
                                                               besar  kepada  individu  yang  terjejas  dalam
                                                               komuniti     tertentu     untuk     membantu
                                                               mereka melalui masa sukar dalam tempoh
                                                               HSO.  Kehidupan  bermasyarakat  adalah
                                                               penting        untuk       kesihatan        dan
                                                               kesejahteraan,  dan  kita  semua  lebih  sedar
                                                               tentang  nilai  hubungan  sosial,  kejiranan,
                                                               semangat         kekitaan       dan       saling
                                                               mempercayai.         Aplikasi      ini     akan
                                                               menyatukan  masyarakat  untuk  membina
                                                               masyarakat        yang      berdaya       tahan
                                                               menghadapi        cabaran      baharu      yang
                                                               ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 ini.










                                                                                BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE  | 1
                                                                                                 EDITION 2/2022
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11