Page 19 - CDEC BULLETIN 2/2022
P. 19

Perasmian Program CSR Projek Mural
          "Discovery Square"  JRKV, PIS Anjuran

          Bersama Sek. Keb. Permas Jaya 5, Johor



          Disediakan oleh: Ismalyza binti Mt. Arif

















































                   PERASMIAN PROJEK MURAL "DISCOVERY SQUARE"



          Perasmian  projek  mural  “Discovery  Square”  telah  diadakan  secara  meriah  pada  10
          November  2022,  bertempat  di  Dewan  D’Lima,  Sekolah  Kebangsaan  Permas  Jaya  5,  bagi
          meraikan  para  pelajar  Politeknik  Ibrahim  Sultan  yang  bertungkus  lumus  mencurahkan
          bakat dan berkongsi kepakaran dengan institusi pendidikan di sekitar Pasir Gudang, Johor.
          Program  ini  merupakan  salah  satu  inisiatif  di  antara  pensyarah  kursus  DVI40103  Event
          Management, Semester 4 Diploma Rekabentuk Grafik Sesi 1: 2022/2023 seramai 28 pelajar
          dan  berkolaborasi  bersama  CDeC,  PIS  bagi  memenuhi  tugasan  projek  akhir  bagi  kursus
          Event Management.


          Program  kerjasama  melalui  bidang  pengembangan  pendidikan  meliputi  jalinan  pintar
          dalam peningkatan kualiti ke arah kemenjadian murid sekolah bersama pelajar Politeknik
          Ibrahim  Sultan  dalam  memperkembangkan  lagi  pengetahuan  dan  kualiti  pendidikan  di
          kedua-dua  institusi.  Fasilitator  dan  peserta  adalah  terdiri  daripada  para  pensyarah,  guru,
          pelajar politeknik dan murid sekolah seramai 70 orang terlibat.


                                                                                BULLETIN CREATIVE DESIGN CENTRE  | 14
                                                                                                 EDITION 2/2022
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24